suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarah Yasmine tak suka tempat kotor, bawa cadar datang rumah Niezam... Minta Fify Azmi tidak libatkan nama kes curang

Nama Sarah, Fify dan Niezam menjadi bualan hangat di media sosial.

SELEPAS kecoh namanya menjadi sebutan, personaliti media sosial berasal Singapura iaitu Sarah Yasmine tampil memberi kenyataan berhubung dakwaan dia menjadi orang ketiga dalam hubungan pelakon Fify Azmi dan kekasih, Niezam Zaidi.

Sarah ketika dihubungi mStar memberitahu dia tidak terkejut dengan tindakan Fify mendedahkan mesej perbualannya dengan Niezam kerana mereka pernah berhubung sebelum ini.

"Fify ada beritahu nak post fasal Niezam dan saya tahu nama saya akan terbabit. Saya cakap kalau nak post, tolong tutup nama dan gambar. Tetapi dia tak tutup gambar, tak tahulah apa niat dia.

"Tak perlu nak babitkan saya dalam hal ini. Kalau nak jatuhkan Niezam, tak perlu libatkan nama saya," katanya pada Jumaat.

Sarah tegaskan hubungannya dengan Niezam hanya sebagai sahabat. 

Dalam pada itu, Sarah menegaskan hubungannya dengan Niezam hanyalah sekadar kawan dan mereka mula berkenalan sejak setahun lalu.

Selepas isu ini tular sehingga dia dituduh penyondol, Sarah berkata dia segera menghubungi Fify termasuklah aktor berkenaan.

"Saya hubungi Fify tetapi dia tak respons. Saya marah juga kepada Niezam, tetapi dia minta maaf sebab nama saya terlibat dalam isu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi sebut nama ‘NZ’, tak sangka kekasih kantoi curang di hari ulang tahun 

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi kongsi kisah dikhianati, dedah perbualan nakal dipercayai kekasih dengan wanita lain

"Saya dan Niezam hanya kawan. Kami pernah nak bercinta tetapi tak menjadi sebab tiada persefahaman. Ketika itu pun, Niezam dan Fify tiada apa-apa hubungan.

"Saya dan Niezam hanya kawan. Jadi saya tak suka bila perkara begini berlaku," luahnya.

Enggan namanya terus terjejas, Sarah juga meminta orang ramai agar tidak cepat menghukum atau membuat sebarang andaian.

Dia turut menjawab tuduhan segelintir pihak bahawa dirinya pernah menjalinkan hubungan intim bersama Niezam selepas isu cadar dalam perbualan Whatsapp mereka menjadi sindiran netizen.

Pendedahan yang dibuat Fify mendakwa kekasihnya berlaku curang. 

"Tentang cadar itu memang tidak ada apa-apa. Niezam baru pindah rumah dan dia ajak saya datang bersama rakan-rakan lain. Dia tahu saya tak suka tempat kotor dan dia hormat perkara itu.

"Kalau ada benda kotor, dia akan jauhkan daripada saya.

"Orang ramai menambah-nambah cerita yang tidak benar. Lantaklah apa orang nak cakap sekalipun, tetapi janganlah terlalu cepat membuat spekulasi," luahnya.

Fify sebelum ini membuat pendedahan tentang dirinya dikhianati apabila kekasihnya yang digelar sebagai NZ telah berlaku curang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain