suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaka Azraff sah cerai talak dua

Kaka reda rumah tangga berakhir dengan perceraian.

PENYANYI Kaka Azraff mengesahkan dia dan suami iaitu Adam Azriff sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis. 

Berkongsi perkara itu dalam nada sedih, Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 37, memberitahu dia reda menerima segala ketentuan itu dan menjadikan ia sebagai pengajaran hidup.

"Iya benar. Cerai itu berlaku semalam. Talak dua pada pukul 9 pagi. 

"Saya terima ini sebagai satu pengajaran dalam hidup," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. 

Kaka dan Adam sepakat pilih untuk bercerai. 

Sedih menerima kenyataan itu, namun Kaka percaya perpisahan ini adalah jalan terbaik selepas dia dan Adam sama-sama berusaha untuk terus mempertahankan rumah tangga sebelum ini. 

Baginya apa yang lebih penting adalah fokus untuk menjaga cahaya mata selepas bercerai. 

"Inilah hidup. Ia mengajar kita untuk cuba buat yang terbaik. Sudah cuba buat yang terbaik tetapi tidak menyebelahi apa yang kita impikan.

"Rasa puas untuk mencuba itu cukup. Sekurang-kurangnya kita dah mencuba. Ini bukan nak salahkan sesiapa, ini takdir dan terima hakikat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan kembali goyah, Kaka Azraff tunggu waktu sesuai umum status rumah tangga 

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff kini bahagia setelah kembali rujuk, lebih hati-hati kongsi kisah rumah tangga… Dulu tak percaya penyakit ain

"Sekarang teruskan perjalan hidup dengan tiga cahaya mata," luahnya. 

Menjalani hidup sebagai seorang ibu tunggal, Kaka mengakui berdepan pelbagai cabaran akan mendatang.

Namun dia percaya kehidupan perlu diteruskan meskipun dugaan itu terlalu berat untuk ditanggung. 

"Ibu saya besarkan saya sebagai single mother. Tapi bercerai mati. Bukan mudah, tapi inilah kehidupan. 

Kaka fokus untuk memberi yang terbaik buat anak-anaknya. 

"Saya ambil sebagai pengajaran untuk perbaiki diri menjadi lebih baik," luahnya. 

Untuk rekod, Kaka sebelum ini pernah bercerai pada 28 Oktober 2024, namun kembali rujuk pada awal tahun 2025 iaitu ketika masih dalam tempoh idah.

Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain