suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nama dipetik isu curang, Nafiez Zaidi terpaksa bersuara... “Mulanya saya senyum saja”

Nafiez enggan namanya dikaitkan dengan isu curang.

SELEPAS pelakon Fify Azmi membuat pendedahan mengenai kecurangan bekas teman lelakinya, tidak semena-mena nama aktor Nafiez Zaidi pula dipetik netizen.

Tampil menjawab mengenai perkara itu, Nafiez, 35, memberitahu dia menerima pelbagai komen berbaur sindiran selepas isu berkenaan tular di platform Threads.

"Ada yang komen sindiran, tetapi kebanyakannya keliru dan membuat andaian sendiri.

Nafiez terimapelbagai tuduhan tak berasas.

"Alhamdulillah, tiada tuduhan yang teruk-teruk. Saya percaya ramai yang tahu individu yang dimaksudkan itu bukan saya," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Nafiez, pada mulanya dia memilih untuk tidak mengendahkan perkara tersebut, namun terpaksa tampil memberikan penjelasan apabila ia mula memberi kesan terhadap perniagaannya.

Malah, dia sudah membuat satu hantaran di Threads bagi menjelaskan keadaan sebenar, namun masih ramai yang salah faham dan menyangka individu dimaksudkan adalah dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafiez Zaidi ‘bebas’ tanpa cinta, tak lagi fokus cari pasangan

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu hanya dapat watak ‘ranting’, Nafiez Zaidi teringin juga nak jadi hero

"Pada mulanya saya hanya senyum sahaja sebab ramai tahu itu bukan saya. Kalau boleh memang saya tidak mahu masuk campur dalam hal ini dan tiada rasa ingin ambil tahu.

"Tetapi apabila netizen mula meninggalkan komen di akaun TikTok yang saya gunakan untuk berniaga, ia menjadi kurang selesa.

"Jadi saya menulis di Threads dan meminta netizen menyemak semula garis masa kejadian kerana mereka masih keliru. Sebelum komen yang bukan-bukan terus bertambah, lebih baik saya bersihkan nama saya terlebih dahulu," ujarnya.

Saya malas hendak menjawab seorang demi seorang.

NAFIEZ ZAIDI

PELAKON

Bukan sahaja peminat, Nafiez berkata dia turut menerima banyak pertanyaan daripada rakan-rakan terdekat yang ingin mendapatkan kepastian mengenai dakwaan berkenaan.

"Ramai juga kawan-kawan yang mesej bertanya sama ada perkara itu betul atau tidak.

"Saya malas hendak menjawab seorang demi seorang kerana sememangnya tidak mahu terlibat dalam isu mereka," katanya.

Nafiez tak mahu terlibat dalam isu curang.

Sebelum ini, Fify mengundang perhatian ramai apabila memuat naik tangkap layar perbualan teman lelakinya dengan seorang wanita lain di media sosial.

Meskipun tidak mendedahkan identiti teman lelakinya, Fify memberi bayangan individu tersebut sebagai seseorang yang mempunyai inisial 'NZ'.

Untuk rekod, Nafiez dan Fify pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun sebelum berpisah pada tahun 2023.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain