PENYANYI Faizal Tahir terbuka sekiranya berpeluang berkongsi pentas dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dalam konsert solonya yang bakal berlangsung Oktober depan.Kata Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 48, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada kemampuan pihak penganjur menyediakan bajet bersesuaian memandangkan penyanyi berstatus legenda seperti Siti mempunyai nilai tersendiri dalam industri hiburan. “Insya-Allah kalau saya mampu bayar Siti, itu realiti. Nak panggil orang besar, bajet pun kena besar.Faizal mahukan peminat terhibur dengan persembahannya. “Kita harus terima realiti, kalau nak sesuatu yang bagus dan mahu legenda datang membuat persembahan, kena bayar harganya,” katanya kepada mStar.Faizal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat yang diadakan di The Campus, Ampang, Kuala Lumpur pada Khamis.Berkongsi lanjut mengenai kemungkinan menampilkan Siti sebagai artis jemputan, Faizal berkata dia tidak mahu memaksa mana-mana pihak dan lebih mengutamakan keselesaan semua yang terlibat.ARTIKEL BERKAITAN: Tidak banyak merungut, Faizal Tahir sanggup tidur beralas toto… Perkenalkan diri sebagai ‘Ahmad’ ARTIKEL BERKAITAN: Lancar album konsep kenduri, Faizal Tahir kongsi peringatan dalam ‘Jati Diri’“Tiada benda yang saya nak atau tidak nak. Saya cuma mahu semua orang gembira dalam menjayakan konsert ini.“Kalau saya rasa susah untuk dapatkan Siti dan dia pula hadir kerana terpaksa, saya pun tak mahu. Tapi kalau urusan itu mudah dan semua pihak gembira, saya okay,” jelasnya.Menurut Faizal, pada tahap kerjayanya sekarang, dia lebih cenderung untuk mempermudahkan segala urusan berbanding memaksa sesuatu perkara berlaku.Konsert Faizal bakal berlangsung pada Oktober. “Pada usia saya sekarang dengan banyak perkara yang perlu difikirkan, saya hanya mahu mudahkan urusan semua orang.“Kalau sesuatu itu tidak menjadi, tak mengapa, kita teruskan dengan perkara lain,” ujarnya.Dalam perkembangan lain, Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober depan di Unifi Arena, Kuala Lumpur.Tiket konsert berkenaan akan mula dijual menerusi pra jualan pada 9 Jun, manakala jualan umum dibuka sehari selepas itu iaitu pada 10 Jun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!