suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ameng ada hak tegur penampilan anak! A Aida minta peminat tak terus hukum… Azeva tidak pernah tinggal solat

A Aida terbuka menerima teguran Ameng.

PENERBIT drama, Datuk A Aida berlapang dada mendengar teguran bekas suaminya iaitu Ameng Spring yang menjawab soalan netizen berhubung penampilan anak mereka, Azeva apabila tidak mengenakan hijab.

Bagi A Aida, 56, sebagai seorang bapa, Ameng sudah menjalankan tanggungjawabnya untuk menegur Azeva yang kini semakin mendapat perhatian selepas menyertai  program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Biarpun begitu, A Aida  juga percaya Azeva, 25, sudah cukup dewasa dan tahu membuat pilihan dalam soal penampilan.

Ameng memberitahu dia sudah menegur tentang penampilan Azeva. 

"Dia (Ameng) berhak menegur dan bagus dia menegur. Ameng sudah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Kita doakan yang baik-baik buat Azeva.

"Sebagai ibu, saya pun mahukan yang terbaik buatnya. Namun, Azeva pun sudah besar dan tahu tentang penampilannya. Mungkin hidayah belum sampai," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

A Aida berkata demikian sebagai respons terhadap dakwaan Ameng yang mengatakan dia sudah pun menegur Azeva supaya menutup aurat.

ARTIKEL BERKAITAN: Juri guna 'golden card' dan imuniti penaja... Anggrek, Azeva terselamat TTMM2 

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan salah anggap, Ameng dan Azeva tak pernah putus hubungan!

Ameng membuat kenyataan itu semasa sesi siaran langsung di media sosialnya selain memberi komen penampilan dan pemilihan lagu Azeva pada TTMM2 Ahad lalu tidak begitu sesuai sehingga dia nyaris tersingir.

Dalam pada itu, A Aida juga menasihati orang ramai agar tidak terlalu cepat menghukum atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anaknya.

"Don't judge a book by its cover. Walaupun tidak memakai tudung, Azeva tidak pernah meninggalkan solat," ujarnya.

Kita doakan yang baik-baik buat Azeva

DATUK A AIDA

PENERBIT 

Sementara itu A Aida turut menjawab kenyataan Ameng berhubung persembahan Azeva yang kurang menyerlah kerana imej dan pemilihan karya tidak sesuai ketika membawakan lagu berjudul Sial (nyanyian Mahalini) pada konsert minggu ketujuh TTMM2. 

Sebagai 'manager' dalam program tersebut, baginya Azeva telah memberi satu persembahan terbaik memandang anaknya itu hanya menjalani tempoh latihan singkat sebelum malam konsert. 

"Semua orang tahu lagu itu susah. Penyanyi profesional pun ramai tak boleh bawa lagu itu. Azeva tidak banyak berlatih kerana cuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Jadi apabila dia dapat menyanyi itu sudah cukup bagus. 

Persembahan Azeva kurang menyerlah menyampaikan lagu Sial. 

"Persembahan Azeva pada malam itu tidaklah memalukan. Saya bangga sebagai seorang manager. Penonton dapat rasa apa yang dia sampaikan," jelasnya. 

Pada masa sama A Aida memberitahu dia cukup prihatin terhadap penampilan anaknya termasuk dari sudut persembahan. 

"Saya ambil pereka fesyen yang dikenali. Semua orang yang bagus saya upah untuk persembahan Azeva. 

A Aida sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi persembahan Azeva. 

"Apabila diberi peluang sertai program ini, mestilah saya sanggup buat apa sahaya untuk anak. Biarpun berhabis duit, saya tidak kisah. Semuanya mahukan yang terbaik,' jelasnya. 

Untuk rekod, Azeva atau nama sebanarnya Wan Azeva Natassha merupakan anak kedua hasil perkahwinan A Aida bersama Ameng.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain