suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banyak baca ‘drama’ Threads... Andi Bernadee terinspirasi kisah netizen kahwin, tak bahagia dan curang

Andi teruja kongsi pengalaman hasilkan album.

SELEPAS lama menyepi, penyanyi Andi Bernadee akhirnya melakar pencapaian tersendiri apabila berjaya menghasilkan 12 buah lagu untuk album sulungnya berjudul Ding Geding sebagai hadiah buat peminat setia.

Menurut Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 35, idea penghasilan lagu-lagu tersebut tercetus selepas dia membaca pelbagai kisah kehidupan orang ramai di media sosial, khususnya di platform Threads.

“Banyak saya baca di Threads, macam-macam cerita orang. Dari situ datang idea. Kadang ada masa musim curang dan macam-macam lagi.

Andi bangga dengan penghasilan album pertamanya.

“Album ini mengisahkan perjalanan seseorang dari perkenalan, kemudian berkahwin, tak bahagia, curang, kena tinggal dan akhirnya terseksa jiwa. Saya reka satu storyline itu dan jadi 12 lagu, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Andi berkata proses penghasilan album tersebut melalui tapisan yang ketat apabila dia perlu memilih 12 lagu daripada hampir 80 demo yang diterima.

Katanya, pemilihan dibuat dengan teliti kerana album itu menjadi pembuka kepada fasa baharu dalam kerjaya seninya, selain merancang untuk menghasilkan lebih banyak projek album pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ada sebab Andi Bernadee berselubung, bimbang orang keliru... Bentuk badan berubah kerana sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Berselubung dengan kain putih, Andi Bernadee belum sedia tunjuk wajah... Masih dalam proses penyembuhan

“Kita rakam 12 lagu sahaja untuk album ini, tapi sebenarnya hampir 80 demo saya dengar dan tapis.

“Buat masa ini kita fokus kepada platform streaming dahulu, belum ada perancangan untuk album fizikal,” jelasnya.

Dalam masa sama, Andi menegaskan penghasilan album tersebut bukan bertujuan untuk membuktikan sesuatu kepada mana-mana pihak, sebaliknya lebih kepada kepuasan dan cabaran peribadi selepas hampir sedekad bergelar anak seni.

Sepanjang tempoh itu, Andi turut mengakui pernah berdepan cabaran kesihatan fizikal dan mental, namun tetap meneruskan proses rakaman demi menyiapkan album berkenaan.

Andi gigih siapkan album Ding Geding.

“Saya lebih kepada diri sendiri. Dah hampir 10 tahun, takkan tak ada satu album pun. Saya nak keluar dari zon selesa.

“Sejujurnya saya rasa sangat lega dan bersyukur. Saya menunggu selama sembilan tahun untuk hasilkan album pertama ini dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan.

“Saya pernah melalui fasa di mana suara tidak keluar dan badan menggeletar, tetapi saya tetap ke studio dan meneruskan perjuangan selagi ada kudrat,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain