suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juliana Evans hamil anak ketiga

Juliana teruja bakal menyambut kelahiran cahaya mata ketiga.

PELAKON Che Puan Juliana Evans berkongsi khabar gembira dia kini sedang hamil anak ketiga.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Juliana, 37, memaklumkan perkara tersebut sambil memperlihatkan baby bump.

"Kami bakal menerima seorang lagi ahli keluarga. Anak nombor tiga akan datang.

Juliana berkongsi khabar gembira tentang kehamilannya. 

"Hati dan rumah kami akan menjadi lebih meriah," katanya.

Sementara itu, dalam satu perkongsian di Threads, pelakon ini turut memberitahu bahawa tahun ini merupakan masa terbaik untuk dia kembali hamil.

Malah, dia juga tidak menyangka bakal bergelar ibu kepada tiga orang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas 5 tahun jadi suri rumah, Juliana Evans mahu terus berlakon jaga kesihatan mental 

ARTIKEL BERKAITAN: Watak penyondol bukan untuk Juliana Evans, tidak mencabar dan jatuhkan martabat wanita

"Saya tahu sekurang-kurangnya akan ada seorang lagi anak dan tahun ini adalah masa yang terbaik.

"Saya sebagai ibu kepada tiga orang anak? Saya masih cuba menghadam perkara ini," ujarnya berseloroh.

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 6, dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri, 3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain