SELEPAS tujuh tahun tidak beraksi di Malaysia, penyanyi antarabangsa Jason Mraz bakal kembali menghiburkan peminat menerusi konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada 31 Oktober depan.Kepulangan penyanyi dan penulis lagu terkenal dari Amerika Syarikat itu diumumkan sebagai sebahagian daripada siri jelajah Asia yang bakal membawanya bertemu peminat di rantau ini. Jason yang popular menerusi lagu I'm Yours menjanjikan persembahan penuh emosi dan tenaga positif dengan membawakan deretan lagu hit yang pernah melonjakkan namanya di persada muzik antarabangsa.Jason janjikan persembahan yang mengimbau.Selain lagu-lagu kegemaran peminat, penyanyi berusia 49 tahun itu turut dijangka mempersembahkan beberapa material baharu yang menjadi sebahagian daripada repertoir konsert berkenaan.Malah, peminat berpeluang menyaksikan Jason mendendangkan lagu-lagu malar segarnya seperti I Won’t Give Up, Lucky, Have It All, I Feel Like Dancing dan The Remedy (I Won’t Worry).Lebih menarik, konsert berkenaan bukan sekadar persembahan muzik biasa apabila turut menampilkan pertunjukan percikan api serta formasi dron di udara yang dijangka menjadi antara tarikan utama sepanjang malam acara.ARTIKEL BERKAITAN: Kerja Kebajikan Inspirasi Album Jason MrazARTIKEL BERKAITAN: Jason Mraz jalin hubungan songsang ketika bercinta dengan isteriSementara itu, Pengarah Zeus Event, Jeffery Chin berkata pihaknya mahu meneruskan momentum kejayaan penganjuran konsert antarabangsa dengan menawarkan pengalaman berbeza kepada penonton tempatan."Kami meneruskan momentum daripada kejayaan konsert K-pop kami baru-baru ini dengan membawa pengalaman berbeza yang penuh hubungan emosi dan tenaga positif."Ramai rakyat Malaysia membesar dengan lagu-lagu Jason Mraz dan muziknya masih relevan hingga hari ini kerana membawa mesej positif, emosi serta keaslian. Jason bersama pasukannya akan ke Malaysia."Kami percaya kepulangan Jason Mraz ke Kuala Lumpur bukan sahaja akan menarik peminat setianya, malah pencinta muzik yang mahukan pengalaman persembahan langsung bertaraf dunia," katanya.Tiket konsert akan mula dijual pada 11 Jun ini dengan harga antara RM158 hingga RM688.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!