suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jason Mraz jalin hubungan songsang ketika bercinta dengan isteri

Jason Mraz mendedahkan dia adalah seorang biseksual menerusi sebuah sajak yang ditulisnya baru-baru ini.

PENYANYI Jason Mraz mendedahkan dia pernah menjalinkan hubungan songsang bersama seorang lelaki ketika sedang bercinta dengan isterinya, Christina Carano.

Jason, 41, berkata, ketika itu dia pernah terfikir sama ada dia seorang homoseksual dan menjelaskan Christina mengetahui mengenai perkara itu dan menyifatkan ia sebagai 'dua semangat'.

"Saya pernah mempunyai hubungan dengan lelaki ketika saya bercinta dengan teman wanita yang kini adalah isteri saya.

"Adakah saya seorang gay? Isteri saya memberitahu ia adalah 'dua semangat' kerana mencintai lelaki dan wanita," katanya.

Jason yang popular menerusi lagu I'm Yours sebelum ini mendedahkan dia adalah seorang biseksual menerusi sajak yang ditulisnya.

Dalam pada itu, Jason berkata, dia tidak menyangka pendedahannya itu menyebabkan ia menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminatnya.

Jason dan Christina berkahwin pada 2015.

Jason Mraz

Artikel Lain