suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian dapat RM20 juta dalam masa lima minit

BINTANG realiti Kim Kardashian boleh digelar seorang usahawan yang bijak apabila produk keluarannya habis terjual hanya dalam beberapa jam sahaja.

Kim, 37, baharu sahaja menghasilkan lebih RM20 juta dalam masa lima minit sebaik sahaja melancarkan minyak wangi terbaharunya Selasa lalu.

Dia hanya menggunakan kuasa media sosial untuk menjual kesemua produk yang dikeluarkan.

Kim turut menggunakan rakan selebritinya untuk memasarkan produk itu.

Harga pewangi itu dijual kira-kira RM190 sebotol. Penjualan dilakukan menerusi sistem dalam talian.

Melalui sistem online itu, Kim berjaya mengurangkan kos produksi, iklan dan operasi kedai.

Ini bukan kali pertama Kim menggunakan cara berkesan itu, sebelum ini dia juga menjual pewangi dalam versi botol tubuhnya.

Kim Kardashian

Artikel Lain