suria

Noah janji persembahan bertenaga, lagu popular Peterpan bakal bergema di Zepp Kuala Lumpur

Noah bakal beraksi di Zepp Kuala Lumpur.

KUMPULAN popular Indonesia iaitu Noah menjanjikan persembahan bertenaga buat peminat yang bakal menghadiri Konsert YOLO Khatulistiwa Noah Live In KL pada malam Sabtu.

Vokalis Noah, Ariel mereka akan mendendangkan 16 buah lagu selain beberapa karya popular Peterpan pada konsert itu nanti.

"Kami akan menyanyikan semula beberapa buah lagu Peterpen dan mungkin ada kelainan kerana ia dirakam semula.

"Apa lebih istimewa, lagu baru Noah akan dinyanyikan khas buat peminat di Malaysia yang sentiasa menyokong kumpulan kami," katanya.

noah-yang-tahun-ini-kembali

Kumpulan ini akan mendendangkan 16 buah lagu.

Ariel berkongsi mengenai perkara itu ketika sidang media konsert berkenaan yang diadakan pada Jumaat.

Konsert berkenaan akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan lebih utamakan keluarga selepas pemergian ayah tercinta... “Kalau dulu saya pentingkan kerja tak hirau panggilan ibu”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bunga Citra Lestari jawab spekulasi hamil, kuat makan punca nampak buncit... "Biasalah perut mak-mak"

Selain Ariel, Noah turut dianggotai oleh Lukman dan David Albert.

Dalam pada itu, Ariel melahirkan rasa teruja untuk bertemu peminat selepas hampir tiga tahun tidak dapat menghiburkan peminat akibat pandemik Covid-19.

Malah mereka sentiasa menyimpan hasrat untuk kembali ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert selepas kali terakhir berbuat demikian pada 2017.

"Kami tahu peminat mesti tertunggu-tunggu kedatangan kami dan akhirnya Noah hadir membawa kejutan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain