suria

[V] Jenazah Syazlin Zainal selamat dikebumikan, keluarga masih tertanya-tanya punca kejadian

KELUARGA Allahyarham Syazlin Zainal masih terkejut atas pemergian pelakon itu pada Khamis.

Sepupu arwah, Nor Shida Mohd Jawal, 44, berkata, seluruh ahli keluarga turut tertanya-tanya punca sebenar Syazlin meninggal dunia.

"Apabila mendapat tahu pemergiannya, saya dan keluarga terperanjat malah sampai sekarang dalam keadaan tidak percaya. Kami juga tiada jawapan mengapa ia boleh berlaku.

"Macam mana benda itu terjadi... persoalan itu menjadi tanda tanya seluruh keluarga sebab kami tidak tahu punca sebenar dan menanti siasatan pihak berkuasa," katanya.

Nor Shida memberitahu seluruh ahli keluarga masih terkejut dan tertanya-tanya punca kejadian.

Terdahulu, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 kira-kira pukul 10 malam, Jumaat.

Dalam pada itu, Nor Shida berharap orang ramai yang inginkan jawapan mengenai punca kematian Syazlin agar tidak membuat sebarang spekulasi selain menghormati perasaan keluarga arwah ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Syazlin Zainal maut akibat jatuh tingkat 22 pangsapuri, sepupu mohon henti spekulasi

ARTIKEL BERKAITAN: “Orangnya ‘happy go lucky’ dan murah senyuman” - Rakan selebriti terkejut berita pemergian Syazlin Zainal

Sebaliknya, Nor Shida meminta peminat dan orang ramai mendoakan Allahyarham serta keluarga diberikan ketenangan dan tabah menghadapi ujian.

"Saya harap sangat pada yang bertanya tentang kematiannya, kita doakan yang baik-baik untuknya. Janganlah buat spekulasi tidak benar. Kita ambil apa terjadi sebagai iktibar," jelasnya.

Sementara itu, Nor Shida menyifatkan arwah seorang yang ceria, baik serta mempunyai personaliti menyenangkan sehingga membuatkan ahli keluarga terasa kehilangannya.

Kata Nor Shida, dia kali terakhir bertemu dengan Syazlin bersempena sambutan hari raya Aidilfitri lalu.

353526246

Ahli keluarga dan sahabat Allahyarham berkumpul bagi memberi penghormatan terakhir kepada Syazlin.

"Arwah seorang yang tidak banyak cakap tetapi dia sentiasa ceria. Memang tak nampak macam dia ada masalah sebab dia selalu nampak gembira.

"Bila berkumpul memang seronok dan kali terakhir bertemu dengannya ketika sambutan hari raya yang lalu," ujarnya.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan Allahyarham maut dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat seorang wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Untuk rekod, Syazlin pernah membintangi drama Sitik Tok dan Oh My Hantaran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain