suria

[V] Ucapan hari jadi untuk abang petanda Syazlin Zainal nak ‘pergi’… “Janji mahu jumpa tapi jasad yang tiba”

ABANG sulung Allahyarham Syazlin Zainal tidak menyangka ucapan hari jadi daripada adik bongsunya itu di Instagram menjadi interaksi terakhir mereka sebelum pelakon berkenaan meninggal dunia pada Khamis.

Ezra Zaidi, 35, berkata, dia sendiri berasa pelik apabila arwah memuat naik gambar mereka bersama di media sosial kerana sebelum ini Syazlin tidak pernah berbuat demikian bagi menjaga privasi mereka sekeluarga.

"Sejak dia bergelar selebriti, arwah sangat menjaga privasi kami sekeluarga dan tidak pernah memuat naik apa-apa gambar kami di media sosialnya.

"Tapi pada hari jadi saya 8 November lalu, itu pertama kali dia post dekat media sosial dan tag saya sekali sehingga ramai orang tanya tentang hubungan sebenar kami.

WhatsApp Image 2022-11-11 at 22.20.56

Ahli keluarga dan sahabat handai hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

"Tak sangka pula itu menjadi petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya kepada mStar.

Ezra ditemui selepas upacara pengebumian jenazah Syazlin di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Syazlin Zainal selamat dikebumikan, keluarga masih tertanya-tanya punca kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Syazlin Zainal maut akibat jatuh tingkat 22 pangsapuri, sepupu mohon henti spekulasi

Tambah Ezra, mereka merancang menyambut ulang tahun kelahirannya bersama-sama memandangkan hari jadi Syazlin jatuh pada 14 November ini.

Dedah Ezra, Syazlin sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu namun tidak menyangka jasadnya sahaja yang tiba untuk dikebumikan.

"Dia sudah berjanji nak sambut hari jadi kami sama-sama dan sepatutnya datang ke Kuala Lumpur semalam tapi tidak kesampaian," ujarnya.

Dalam pada itu, Ezra memberitahu ketika dimaklumkan mengenai pemergian adik bongsunya itu, dia menyangka arwah ke luar kawasan untuk menjalani penggambaran.

235252352

Antara ahli keluarga Syazlin.

Bagaimanapun apabila diberitahu Syazlin sudah meninggal dunia, dia segera ke Johor Bahru bagi mendapatkan kepastian berita tersebut.

"Masa diberitahu saya tengah kerja. Apabila sebut Syazlin sudah tiada atau pergi, saya ingat dia pergi kerja di luar kawasan seperti mana kebiasaan sebelum ini.

"Apabila sedar yang dia sudah meninggal dunia, saya bergegas ke Johor dan menuju terus ke balai polis bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kematian adik saya," ujarnya.

Kata Ezra, Syazlin tinggal bersendirian di pangsapuri berkenaan namun sering berpindah randah bergantung lokasi dia menjalani penggambaran.

Syazlin

Syazlin disifatkan sebagai seorang yang ceria.

Memandangkan adiknya itu seorang yang menjaga privasi, mereka juga tidak mengetahui secara khusus tempat tinggal sebenar arwah.

"Dia memang tinggal bersendirian di Johor Bahru tapi kami tidak tahu lokasi sebenar rumahnya memandangkan dia sering berpindah," jelasnya yang masih buntu dengan punca kematian arwah.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan Allahyarham maut dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat seorang wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Untuk rekod, Syazlin pernah membintangi drama Sitik Tok dan Oh My Hantaran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain