suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Semalam sebelum pergi kerja, papa pegang tangan saya“ - Sentuhan terakhir Cico jadi kenangan bermakna buat Rindu Nur Fitrah

Rindu reda dengan pemergian bapanya, Cico.

SENTUHAN terakhir Allahyarham Cico Harahap menjadi kenangan paling bermakna buat anak tunggalnya, Rindu Nur Fitrah.

Kata Rindu, 18, detik tersebut juga bagaikan sudah dirasai seperti petanda bapanya akan pergi buat selamanya.

“Semalam (Sabtu) sebelum saya pergi kerja, papa pegang tangan saya. Memang nampak sangat papa macam dah tak lama.

“Tapi saya tidaklah berfikir apa-apa. Saya pun ada kerja ketika itu.

“Dia tidak bercakap apa-apa sebab tidak boleh berkata-kata. Dia sangat sakit ketika itu,” katanya.

Rindu, anak tunggal arwah Cico.

Rindu ditemui selepas majlis pengebumian Cico di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang pada petang Ahad.

Lebih menyedihkan buat Rindu apabila dia tidak dapat berada di sisi bapanya ketika Allahyarham Cico menghembuskan nafas terakhir.

“Memang terkejut melihat papa dah tiada. Saya tidak berkesempatan mengangkat telefon ketika di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Uji Rashid akui sukar terima kematian Cico... “Tapi kena reda, ini adalah pinjaman Tuhan“

ARTIKEL BERKAITAN: Hujan renyai iringi pengebumian Cico Harahap, 200 orang hadir beri penghormatan terakhir

“Apabila tiba, hanya jenazah papa di atas katil. Saya memang terkejut dan kemudian bertanya kepada doktor,” ceritanya.

Allahyarham Cico atau Ezzaq Farouk Harahap, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, Selangor sekitar pukul 11 pagi Ahad.

Rindu merupakan anak tunggal Cico hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Nur Fuziani Abdullah.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand namun bercerai pada 2010.

Artikel Lain