suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siapa ‘Cikgu Cukai’? Melvin Sisters dedah jadi mangsa penipuan, Syida dihalang ke luar negara

Adik beradik Melvin dakwa ditipu berkenaan cukai.

PELAKON Syida Melvin mendedahkan dia menjadi mangsa penipuan seorang individu yang bergelar 'Cikgu Cukai' sehingga menjejaskan perjalanannya untuk ke luar negara.

Kata Syida atau Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 29, dia berasa hairan apabila pihaknya sudah pun melunaskan tanggungjawab membayar cukai pendapatan tahunan, namun namanya masih disenarai hitam daripada ke luar negara.

Tambahnya lagi, dia sudah beberapa hari cuba menghubungi individu berkenaan untuk menyelesaikan perkara tersebut, namun gagal.

Hantaran Syida di Threads. 

"Matilah nasib hang, 'Cikgu Cukai'. Ada satu masa itu pihak kami cuba hubungi dia berhari-hari, namun tidak berjawab.

"Sudah bayar cukai persendirian dekat dia setahun yang lepas dan kami ingatkan sudah selesai tahun ini.

"Tapi apabila semak nama untuk pergi melancong, tiba-tiba merah," katanya dalam satu hantaran di Threads miliknya pada Ahad.

Sementara itu, adiknya iaitu Syifa Melvin dalam satu hantaran berbeza turut mendedahkan pengalaman sama berhubung pembayaran cukai.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tergamak nak sebut, Syatilla Melvin pelik wujud stigma mengikut kelas... Tidak selesa guna istilah B40

ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam pengemis, Syida Melvin terpaksa tanggung hutang syarikat... Dikejar bank gara-gara tak bayar tunggakan rumah

"Aku baru teringat kes tahun 2023, aku tersangkut dekat imigresen Padang Besar. Sedangkan sudah bayar personal tax, tiba-tiba kena bayar RM2,300 pula.

"Jadi, yang aku bayar sebelum ini apa ya? Kaki pusingnya dia (Cikgu Cukai) ini, narsistik," ujarnya.

Sebelum ini, Syatilla menerusi hantaran di Threads meluahkan rasa kesal apabila dia dan adik-beradiknya yang lain dianiaya berkaitan urusan cukai.

Perniagaan adik beradik ini perlu membayar cukai sebanyak RM700,000. 

Lebih mengejutkan apabila Syatilla mendedahkan perniagaan adik-beradik mereka iaitu Kekasih HQ perlu membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM700,000.

"Aku ingat Kekasih (bisnes) sahaja yang kena bayar LHDN sampai RM700,000. Rupanya ramai lagi pengasas yang terkena.

"Aku tidak suka untuk tumpahkan 'teh' sebab tak minum, aku lebih suka Matcha Latte. Cuma satu sahaja soalan, macam mana boleh tidur lena aniaya orang ya?" soalnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain