KUMPULAN X-Factor yang kembali aktif selepas hampir 20 tahun berehat, terbuka jika lagu baharu mereka berjudul Walu Walu dikritik peminat generasi muda.Anggotanya Zach atau Zachery Franci Ubu, 49, memberitahu dia dan rakan-rakannya sedia menerima kecaman jika ada yang menganggap konsep lagu seperti itu tidak sesuai dengan usia mereka. Malah, ketika membuat keputusan untuk aktif semula membawa nama X-Factor, mereka juga sudah bersedia berdepan pelbagai komen di media sosial."Tidak mengapa orang nak cakap tentang lagu itu. Kami orang lama, tapi jiwa masih muda.X Factor dianggotai oleh Jim (depan kiri), Zach dan Danny selain Shah (belakang kiri) serta Fendi. "Sekarang ini zaman media sosial, segalanya di hujung jari. Kalau ada komen negatif, kami terima sahaja," katanya kepada mStar.Zach bersama empat rakan lain ditemui ketika majlis pelancaran lagu baharu mereka yang berlangsung di Putrajaya pada Selasa.Kumpulan itu kembali mewarnai industri muzik tempatan menerusi karya tersebut dan berharap nama X-Factor akan diterima baik dalam kalangan generasi muda.Pada masa sama, Zach menegaskan tidak pernah wujud sebarang salah faham antara mereka meskipun lebih 17 tahun tidak berhubung antara satu sama lain.ARTIKEL BERKAITAN: X-Factor buat ‘comeback’, bakal lancar single untuk peminat generasi baharu ARTIKEL BERKAITAN: [V] X-Factor 'jejak kasih' selepas 17 tahun tak jumpa, cari ahli hilang guna media sosial"Selama 17 tahun tidak berhubung bukannya kami bergaduh. Masing-masing ada kerjaya dan keluarga sendiri. Kami tidak pernah berpecah secara rasmi, tetapi semua membawa haluan masing-masing."Saya sendiri pun tak tahu nak hubungi mereka untuk apa. Tiada perancangan untuk membuat persembahan bersama sebelum ini. Jadi sebab itu memang kami tidak pernah berhubung," jelasnya.Seorang lagi anggota, Fendi atau Syed Affendi Syed Ibrahim, 49, memberitahu mereka tidak pernah melupakan minat dalam bidang nyanyian meskipun tidak lagi membuat persembahan bersama di atas pentas. Kami orang lama, tapi jiwa masih mudaZACH X FACTOR "Saya menyanyi secara percuma sahaja untuk rakan-rakan sekerja. Tapi itu pun dah cukup puas. Rasanya bila dapat pegang mikrofon pun dah boleh melepaskan rindu."Tetapi suasananya tidak sama apabila menyanyi solo. Ketika itu akan ingat kembali kenangan membuat persembahan bersama X-Factor," kongsinya yang kini masih berkhidmat dalam bidang perbankan.Selain Zach dan Fendi, kumpulan ini turut dianggotai oleh Danny, Shah serta Jim. X Factor kembali aktif selepas 17 tahun. Nama X-Factor kembali menjadi sebutan selepas mereka tampil membuat persembahan pada konsert Elite Live 2025 yang berlangsung pada November tahun lalu.Gabungan itu turut mencetuskan idea buat mereka terus aktif dan menghidupkan kembali nama X-Factor yang sebelum ini pernah popular dengan lagu-lagu seperti Tak Sanggup dan 7251364.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!