suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aisha Retno sedia dikritik jadi juri Big Stage X Rocketfuel

Aisha dipilih sebagai juri tetap Bigstage X Rocketfuel.

PENYANYI Aisha Retno menerima secara terbuka jika ada pihak yang mempersoalkan pemilihannya sebagai salah seorang juri program realiti nyanyian Big Stage X Rocketfuel.

Aisha atau Sharifah Aishah Retno Sayed Sipulijam, 26, berkata dia sudah lali berdepan pelbagai kritikan sejak bergelar anak seni.

Malah, Aisha menyifatkan setiap teguran sebagai ruang untuk memperbaiki diri.

“Saya terima dengan hati yang sangat terbuka. Ia seperti alah bisa tegal biasa buat saya.

Aisha mahu berkongsi ilmu dan pengalaman bersama peserta Bigstage X Rocketfuel.

“Apa saja saya terima (kritikan), saya cuba hadamkan untuk ambil positif. Tugas saya sebagai juri hanya untuk membantu.

“Mana-mana ada salah sepanjang minggu, sebagai juri saya juga berhak ditegur,” katanya kepada mStar.

Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Big Stage X Rocketfuel di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Mengulas lanjut mengenai kredibiliti sebagai juri, Aisha mengakui dirinya masih dalam proses pembelajaran walaupun sudah lapan tahun berkecimpung dalam industri muzik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Threads bukan platform toksik, Aisha Retno selesa jadi diri sendiri… Siap dapat gelaran ‘Ratu Kacip’

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno sedih dah tak mampu nyanyi 'whistle notes', sekarang bunyi macam cerek

“Saya pun bukanlah lama sangat dalam industri ini tapi tidak juga terlalu baru.

“Saya belajar daripada proses ini. Misi kami (juri) untuk mencari pelapis bagi membantu persada muzik menjadi lebih luas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aisha mengakui dirinya merasai tekanan ketika menerima tawaran berkenaan.

Tambahnya, selain jadual kerja yang padat sepanjang tahun ini, dia tidak menolak kemungkinan diperbandingkan dengan panel juri profesional lain yang pernah terlibat pada musim-musim terdahulu.

"Saya berfikir lama juga kerana Alhamdulillah rezeki tahun ini Allah beri jadual saya sangat penuh.

Aisha sedia menerima kritikan sebagai juri.

“Bagi saya juri pun boleh belajar sesuatu daripada peserta. Saya juga akan kongsikan segala ilmu yang ada selama lapan tahun berada dalam industri,” katanya.

Selain Aisha, penyanyi Hael Husaini dan Akim Ahmad turut menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap Big Stage X Rocketfuel.

Seramai 10 peserta yang terdiri daripada sembilan penyanyi solo dan satu duo iaitu Sufie Rose, Filo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina dan duo Adam & Nazmie bakal merebut gelaran juara musim terbaharu program itu.

Big Stage X Rocketfuel akan bersiaran bermula 28 Jun ini di Astro Ria pada pukul 9 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain