suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aisha Retno sedih dah tak mampu nyanyi 'whistle notes', sekarang bunyi macam cerek

Aisha dedah kini dia tidak mampu untuk buat whistle lagi.

PENYANYI Aisha Retno berkongsi khabar sedih apabila kini tidak lagi mampu menghasilkan whistle notes yang sebelum ini menjadi antara kekuatan dan identiti vokalnya.

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, mengakui perubahan tersebut membuatkan dirinya agak emosional memandangkan teknik nyanyian itu sangat dekat dengan perjalanan seninya sejak awal kemunculan dalam industri.

Malah Aisha memberitahu dia sudah beberapa kali cuba melatih semula suaranya bagi mendapatkan kembali keupayaan menghasilkan nada tinggi tersebut, namun usaha itu masih belum membuahkan hasil seperti diharapkan.

Hantaran Aisha di Insta Storynya. 

“Sedih untuk saya maklumkan kepada kalian yang saya kini sudah tidak boleh menghasilkan ‘whistle’ lagi pada usia 25 tahun.

“Saya cuba untuk dapatkan semula tetapi saya tidak tahu mengapa apabila saya menyanyi whistle setiap hari, bunyinya seperti cerek sahaja,” tulisnya dalam satu hantaran Insagram Story sebelum ini. 

Dalam hantaran sama, Aisha turut berkongsi sebuah video lama memaparkan dirinya ketika masih mampu melakukan 'soft whistle notes' sekitar usia 23 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau nak menyalak, silakan” - Aisha Retno tak terasa, nama tidak disebut individu tuntut hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada layanan istimewa, Aisha Retno kerja keras demi Puteri Gunung Ledang

“Biarkan saya tinggalkan momen ini di sini, di mana Retno yang berusia 23 tahun sedang mencuba melakukan soft whistle notes.

“Selamat tinggal whistle notes. Awak layan saya dengan amat baik. Sedih sebab saya dah tak boleh capai kamu lagi,” katanya.

Perkongsian itu perhatian peminat yang rata-rata turut bersimpati dan memberikan kata-kata semangat buat penyanyi berkenaan agar tidak terlalu tertekan dengan perubahan pada vokalnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain