SUSULAN kontroversi status tayangan filem Konspirasi, syarikat penerbitan Elepgfilm Entertainment menegaskan keputusan itu dibuat secara dalaman tanpa sebarang pengaruh luar. Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram, syarikat berkenaan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai faktor termasuklah situasi semasa. "Pihak Elepfilm Entertainment ingin menjelaskan bahawa keputusan untuk menghentikan tayangan filem ini di pawagam dibuat setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan berdasarkan situasi semasa.Kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbit filem Konspirasi."Keputusan tersebut dibuat secara dalaman oleh pihak pengurusan dan bukan atas tujuan publisiti atau strategi pemasaran. "Pada masa sama, tiada mana-mana pihak yang mempengaruhi keputusan berkenaan," menurut kenyataan tersebut. Dalam pada itu, Elepfilm Entertainment turut meminta agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan keputusan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit filem Konspirasi bersuara, perjelas punca tayangan ditamatkanARTIKEL BERKAITAN: "Penerbit sendiri minta tamatkan tayangan Konspirasi" - Finas"Elepfilm Entertainment memohon agar semua pihak menghentikan sebarang spekulasi, andaian atau penyebaran maklumat yang tidak sahih."Pihak produksi menghargai segala maklum balas, sokongan dan pandangan yang diberikan oleh pelbagai pihak berhubung tayangan filem Konspirasi."Kami juga berharap para penonton akan terus memberikan sokongan kepada tenaga kreatif yang terlibat dalam filem Konspirasi serta industri perfileman tempatan secara keseluruhannya," ujarnya. Sebelum ini, Elepfilm Entertainment mengesahkan bahawa tayangan filem Konspirasi di seluruh rangkaian pawagam Malaysia telah ditamatkan tayangan berkuat kuasa 28 Mei lalu. Menerusi satu kenyataan rasmi, pihak produksi memaklumkan bahawa keputusan itu terpaksa diambil berikutan perkara tidak dapat dielak, namun punca sebenar tidak didehdahkan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!