PENYANYI Syasya Rizal tidak menyangka perjalanan hidupnya menjadi inspirasi kepada orang lain apabila seorang individu meluahkan perkara itu ketika satu sesi pertemuan dipercayai berlaku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur.Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata momen itu membuatkan dia sedar bahawa perjalanan hidup seseorang tidak semestinya perlu sempurna untuk memberikan kesan kepada orang lain. Katanya, pertemuan ringkas tersebut turut membuatkan dia menilai semula dirinya yang sebelum ini terlalu sibuk dengan tanggungjawab harian sehingga kadangkala mengabaikan emosi sendiri."Masa saya tandatangan tu, saya perasan mata akak ni dah mula berkaca. Saya yang jenis awkward bila orang menangis terus jadi panik tak tahu nak buat apa. Syasya membuat perkongsian di Threads miliknya."Kalau akak baca hantaran ini, terima kasih sebab selepas beberapa ketika akak buat saya rasa sesuatu yang dah lama tak sempat nak rasa. "Kebelakangan ini saya terlalu sibuk untuk cuba bertahan, cuba jadi ibu dan Muslimah lebih baik sampai kadang-kadang lupa nak 'pause' dan tanya diri sendiri okay atau tidak," katanya. Syasya berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads pada Sabtu. Dalam pada itu, Syasya turut menceritakan detik sebenar ketika sesi meet and greet apabila seorang peminat mendekatinya untuk mendapatkan tandatangan.ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal berubah lebih tegas dan teliti, keluar perangai ‘mak-mak’ selepas lahir anak keduaARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal rindu Dolla, sedia kolaborasi ikut kesesuaian imejUjarnya, peminat tersebut terlebih dahulu berkongsi kata-kata yang memberi kesan terhadap dirinya."Tadi waktu meet and greet dah nak habis, ada seorang akak ni datang. Saya nak nampak dia beli buku jadi macam biasa dah siap sedia nak tandatangan. "Sebelum sign, dia pandang saya dan cakap 'journey awak daripada awal sangat inspire saya'. "Saya cakap tidaklah saya masih mencuba. Saya pun tak sempurna banyak lagi cacat cela," ujarnya. Syasya masih cuba untuk berubah menjadi lebih baik.Syasya bagaimanapun menganggap pertemuan mereka itu menjadi satu peringatan bahawa manusia tidak perlu sempurna untuk memberi kesan positif kepada orang lain."Rutin cuma berjalan dari satu hari ke satu hari dengan mentaliti untuk survive. "Tapi melalui akak Allah macam sedang mengingatkan saya bahawa kita tak perlu menjadi manusia yang sempurna untuk memberi manfaat kepada orang lain. "Sebab kadang-kadang kita terlalu sibuk melihat kekurangan diri sendiri, sampai tak sedar Allah sedang menggunakan perjalanan itu untuk memberi harapan kepada orang lain," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!