SELEPAS tiga dekad mengukir nama dalam industri muzik, penyanyi Nourul berkongsi keterujaan apabila konsert solonya For You Nourul yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu berjalan lancar. Meskipun hanya sekadar pulang modal, Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 49, menganggap pencapaian itu cukup bermakna kerana konsert berkenaan lebih bersifat pelaburan peribadi yang lahir daripada minat mendalam terhadap dunia nyanyian. "Alhamdulillah bagi saya pulangan modal sudah mencukupi. Saya percaya selepas ini lebih banyak pulangan masuk. Rata-rata penonton memuji persembahan dan kemantapan vokal Nourul. "Malam ini sebenarnya saya menyanyi secara percuma. Saya tak kisah kerana ini adalah satu pelaburan, saya yakin sudah bersedia disebabkan itu saya jayakan konsert ini. "Tak mengapa duit itu akan datang, kita buat konsert ini sebab dah memang minat sendiri. Insya-Allah rezeki itu datang daripada Allah," katanya. Dalam pada itu, Nourul mengakui konsert solo itu membawa makna yang sangat peribadi kerana ia merupakan hasrat yang dipendam sejak 32 tahun lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup tolak tawaran lumayan demi konsert For You NourulARTIKEL BERKAITAN: Rumah Nourul Depp ada ‘penjaga’, niat jahat pengawal keselamatan terbongkar… Rupanya tinggal di kawasan pembuangan hantu Tambahnya, pemilihan tarikh yang bertepatan dengan cuti panjang mungkin sedikit mempengaruhi kehadiran penonton, namun dia tetap berbangga dengan pencapaiannya itu."Malam ini sangat bermakna buat saya kerana ini (konsert) adalah hajat yang saya simpan daripada 32 tahun lalu. "Orang putih kata better late than never, saya tetap tunaikan hasrat untuk menjayakan konsert malam ini. Persembahan Mimi (kiri) duet bersama Nourul berjaya memukau penonton."Mungkin silapnya pemilihan konsert ini di hari cuti panjang, tapi itulah yang saya mahukan biar orang rasa rugi tak datang," ujarnya. Konsert yang bermula sekitar pukul 8.45 malam itu menyaksikan Nourul mempersembahkan lebih 20 buah lagu, merangkumi perjalanan muziknya yang panjang serta membuktikan kekuatan vokal yang masih konsisten dan bertenaga.Salah satu segmen mencuri perhatian ialah 'Inspirasi', apabila Nourul menyampaikan beberapa lagu ikonik penyanyi tempatan yang menjadi sumber inspirasinya, antaranya termasuk Janji Manismu oleh Aishah, Kau Kunci Cintaku oleh Ramlah Ram, Madah Berhelah oleh Ziana Zain, serta Sembilu yang dipopularkan oleh Ella.Kemunculan penyanyi jemputan, Mimifly turut memeriahkan suasana apabila persembahan bertenaganya menerusi lagu Temberang memukau penonton dengan tarian yang memikat.Nourul berpuas hati dengan penganjuran konsert solo pertamanya. Mimi turut berduet bersama Nourul menerusi lagu Persamaanku dan Keliru.Sepanjang hampir tiga jam persembahan, Nourul berjaya mengekalkan tenaga dan kawalan vokal yang baik, sekali gus mendapat pujian daripada penonton yang hadir.Konsert tersebut turut menyaksikan kehadiran beberapa rakan selebriti yang hadir memberikan sokongan kepada Nourul termasuk Fauziah Latiff, Ziana Zain, Ning Bazaar, Salamiah Hassan dan Azah Aziz.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!