PENYANYI Nourul Depp mendedahkan dia pernah menerima tawaran menarik daripada seorang individu yang mahu membawanya ke pentas lebih besar tetapi perlu membatalkan konsert For You Nourul.Menurut Nourul, perkara itu berlaku ketika dia pulang ke Malaysia bagi meraikan Aidilfitri baru-baru ini. “Ada hamba Allah ini datang suruh saya batalkan konsert ini sebab dia mahu buat sesuatu yang lain untuk saya. Dia kata batalkan konsert awak ini.“Jadi saya kata macam mana saya mahu batalkan? Dia jawab dia ada ‘proposal’ (cadangan) yang sangat kukuh. Dia cakap kepada saya awak kena batal. ‘Awak buat dengan saya di sini kita buat di Axiata (Arena) terus besar’.Nourul sanggup lepaskan peluang besar demi menjayakan konsert For You Nourul. “Bagi saya sudah tentu itu peluang. Saya kata boleh, tetapi saya kena teruskan dengan For You ini bukan sebab ego, tetapi sebab saya ada rancangan sendiri untuk persembahan itu,” katanya pada sidang media konsert berkenaan baru-baru ini. Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 49, berkata, dia bagaimanapun menolak tawaran tersebut kerana mahu kekal dengan prinsip dan perancangan asal.“Saya tidak rasa ralat sebab ada matlamat dan sasaran saya. Benda sudah berjalan. Saya sudah ada pasukan perhubungan awam (PR), pasukan produksi dan pasukan pemuzik sendiri yang sudah dibayar semuanya.ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba segala cara tapi gagal, Nourul Wahab reda anak menjauh... Ada orang ketiga yang menghasutARTIKEL BERKAITAN: Nourul bengang tiba-tiba muncul gosip sudah bercerai, tak maafkan individu sebar fitnah“Peninglah mereka nanti. Perjalanan itu tidak cantik. Memang betul orang itu akan bayar balik semua kos tetapi saya tidak akan dapat buat apa yang saya mahu. Saya tidak akan dapat jadi diri saya.“Buat apa saya belajar ilmu mencari diri, tetapi tidak digunakan dalam konsert ini. Sebab itulah saya guna tajuk konsert For You sebab mahu tunjuk itu untuk peminat dan ini juga untuk saya,” katanya.Terdahulu, konsert yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 April ini ditunda ke 30 Mei depan susulan masalah peribadi melibatkan penganjur asal.Konsert tersebut kini diteruskan di bawah syarikat milik Nourul sendiri.Mimi Fly diumum sebagai artis undangan konsert Nourul For You. “Penganjur itu tidak tipu saya. Niat dia baik dan individu itu adalah peminat saya. Arwah ibunya pun minat saya. Tetapi dia ada masalah peribadi yang lain, rakan kongsi dia yang menipunya.“Dia memang okey tetapi dia ada masalah peribadi yang tidak dapat hendak dielakkan. Dia memang minta maaf kepada saya sangat-sangat. Dan tiket yang sudah terjual bawah syarikatnya, diberikan kepada saya,” katanya.Dalam perkembangan sama, penyanyi Mimi Fly diumumkan sebagai artis undangan bagi konsert For You Nourul.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube