suria

Ozlynn dedah pernah terima nafkah RM1, kongsi kisah susah bersama Johan

Ozlynn (kiri) setia bersama Johan.

ISTERI kepada penyampai radio, Johan iaitu Ozlynn Waty berkongsi kisah kehidupan sebagai suami isteri yang pernah melalui fasa kesempitan sebelum mencapai kesenangan. 

Ozlynn atau Roslinawaty Ismail, 44, berkata suatu ketika dahulu hidup mereka serba kekurangan sehingga ada hari yang terpaksa dilalui tanpa makanan mencukupi.

Malah katanya, dia juga pernah menerima nafkah daripada suaminya sebanyak RM1 namun tidak pernah mempersoalkan keadaan tersebut.

Perkongsian Ozlynn di Threads mengundang perhatian ramai.

“Hidup dengan suami aku dulu kais pagi, malam kadang tak ada apa nak makan. 

“Tapi sebab kerja aku bagus dapat tolong suami. Sampai pernah dia (Johan) bagi nafkah dekat aku RM1 saja. 

“Aku ambil duit itu cakap saya terima sambil senyum,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegas dalam mendidik, Johan sanggup hantar anak ke rumah kebajikan... Kena denda sebab tidak suka berkongsi

ARTIKEL BERKAITAN: Harta Johan hanya untuk Ozlynn, anak-anak cari duit sendiri... “Isteri banyak susah senang bersama”

Ozlynn berkongsi perkara itu menerusi ruangan komen di Threads sebagai respons kepada perbincangan mengenai kehidupan rumah tangga.

Dalam pada itu, Ozlynn turut mengimbau bagaimana dia menyimpan perasaan sedih melihat kesusahan suaminya pada ketika itu. 

Kongsinya, Johan sentiasa berusaha mencari rezeki buat keluarga dan sering memintanya untuk mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

“Dia suruh aku tolong doakan semoga Allah bantu dia. Aku terus masuk bilik air. 

“Aku menangis sampai sakit tekak. Bukan sebab jumlah nafkah tapi cara dia rendahkan maruah depan aku. 

Johan (kiri) dan Ozlynn bernikah pada Julai 2009.

“Aku nampak usaha dia cari rezeki. Maka aku doa minta Allah bantu. Alhamdulillah sekarang dia senang dan tak pernah lupakan aku,” ujarnya.

Untuk rekod, Ozlynn mendirikan rumah tangga dengan Johan atau Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 42, pada 25 Julai 2009. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

Artikel Lain