suria

Harta Johan hanya untuk Ozlynn, anak-anak cari duit sendiri... “Isteri banyak susah senang bersama”

PELAWAK dan penyampai radio Johan mempunyai satu prinsip yang tegas iaitu tidak membenarkan anak-anaknya bermewah dengan harta dan hasil usahanya.  

Kata Johan atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohammad Aziz, 41, setiap titik peluhnya mencari rezeki adalah untuk membahagiakan isterinya yang sentiasa berada ketika susah dan senang. 

“Saya tak terfikir untuk mewarisi harta ini untuk anak-anak saya sebab semua hasil kekayaan yang saya cari sekarang ini hanya untuk isteri.

“Isteri saya banyak susah senang dengan saya lagipun saya sudah bekalkan ilmu agama dan pengetahuan untuk anak-anak jadi minta mereka keluar untuk mencari kekayaan sendiri.

“Bukan saya tak nak wariskan kepada mereka cumanya saya mahu mereka berdikari dan semua harta ini anak-anak akan perolehi selepas saya meninggal dunia,”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi