suria

Luahan anak bongsu Abby Abadi, Norman Hakim raih perhatian netizen

Danisha didakwa kurang mendapat perhatian berbanding kakaknya.

PERKONGSIAN anak bongsu kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim menimbulkan tanda tanya apabila mendakwa dirinya seolah-olah kurang diberi perhatian selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Selasa.

Biarpun perkongsian dibuat bersifat umum, namun rata-rata netizen meluahkan rasa sedih apabila membaca luahan tersebut.

Dalam hantaran itu, Maria Danisha Hakim, 18, seolah-olah mendakwa dipinggirkan walaupun telah berusaha dalam diam.

Perkongsian Danisha mencuri perhatian ramai.

Perkongsian Danisha mencuri perhatian ramai.

"Hati yang diam menyimpan segalanya di dalam, takut menjadi beban. 

"Terus mencuba berulang kali tanpa disedari, menunggu seseorang melihat usaha itu dan apabila saat itu akhirnya tiba, perhatian diberikan kepada yang lain. 

"Tiada kata-kata diucapkan, tiada keluhan diluahkan, tetapi usaha yang paling senyap pun membawa begitu banyak kesakitan dan ia tetap layak untuk dilihat, dirasai, dan dihargai," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Keluar cepat daripada mimpi ngeri” - Abby Abadi sokong Marissa Dania mahu bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tahu dia bersalah..." Abby Abadi sudah puas nasihatkan Marissa, faham hati Umisya pun terluka

Danisha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya. 

Dalam pada itu, ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi netizen yang berpendapat Danisha kurang mendapat perhatian kerana kakaknya, Marissa Dania Hakim sering menjadi tumpuan ketika ini. 

"Semua fokus hal kakak (Marissa) sampai lupa pada kewujudan dia. Tahniah awak, sambung belajar okay. 

Danisha merupakan anak bongsu Abby (kiri) dan Norman (kanan).

Danisha merupakan anak bongsu Abby (kiri) dan Norman (kanan).

"Kasihan dia, kakak dia asyik buat hal sampai adik tersisih macam itu saja," tulis netizen. 

Untuk rekod, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 18 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain