PENYANYI Nourul Depp mendedahkan misteri mengenai kediamannya di Bali, Indonesia yan lg dihuni 'penjaga' sehinggakan pengawal keselamatan yang didakwa mempunyai niat jahat melarikan diri selepas teruk diganggu.Menerusi perkongsian di podcast Di Sebalik Misteri, Nourul, 48, memberitahu kewujudan entiti di rumahnya itu mula terbongkar selepas ditegur oleh seorang kakitangan perubatan ketika dia jatuh sakit. "Ada satu hari saya jatuh sakit, panggil doktor datang rumah. Tiba-tiba staf doktor itu tegur cakap rumah saya ada penjaga. Katanya penjaga itu tidak kacau pun.Nourul berkongsi perkara itu dalam podcast Di Sebalik Misteri. "Saya tanya putih ke hitam, dia jawab putih. Saya cakap dengan makhluk itu, jangan kacau anak-anak. Staf itu kata, jika ada yang datang rumah saya berniat jahat, akan berlaku sesuatu kepada dirinya," katanya.Jelas Nourul, apa yang dikatakan oleh kakitangan doktor itu ternyata benar apabila pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga kediaman berkenaan sering diganggu sehingga terpaksa berhenti. "Nak jadikan cerita, saya satu keluarga balik Perancis. Tiba-tiba pengawal keselamatan telefon beritahu bilik dan TV menyala, dengar suara bercakap dalam rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba segala cara tapi gagal, Nourul Wahab reda anak menjauh... Ada orang ketiga yang menghasutARTIKEL BERKAITAN: Sanggup tolak tawaran lumayan demi konsert For You Nourul"Makhluk itu kalau saya tiada, dia akan buat rumah itu jadi meriah. Jujur kata saya penakut, tapi memberanikan diri."Pengawal itu kemudian tidak lama berhenti sebab sering alami gangguan. Rupanya bila selidik dia ada niat jahat, sebab itu diganggu," dedahnya.Lebih menyeramkan, Nourul mendapat tahu bahawa tapak kediamannya itu rupa-rupanya kawasan pembuangan makhluk halus mengikut kepercayaan masyarakat di sana. "Rupanya kawasan rumah saya tinggal itu, menurut masyarakat Bali, kawasan tempat pembuangan hantu,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!