DEMI menjayakan sesebuah watak, pelakon Trisha Ooi memberitahu dia sanggup membotakkan kepala jika menerima tawaran yang menarik dan berbaloi.Menurut Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, watak sebegitu juga merupakan salah satu impian dan berharap diberikan peluang itu. "Lebih baik demi sesuatu watak. Saya sangat mengharapkan sekarang," katanya.Trisha sanggup galas watak berat seperti dalam filem lakonan Taron (kanan). Trisha menulis perkara tersebut sebagai balasan terhadap satu hantaran di Threads yang bertanyakan kesungguhan seseorang untuk mencukur rambut demi wang ringgit.Dia sebelum itu turut memberi bayangan membawakan watak idaman seperti dilakonkan oleh aktor Taron Egerton dalam filem terbaharu berjudul Apex."Nak watak macam Taron Egerton dalam Apex tu boleh?ARTIKEL BERKAITAN: 2 minggu tidak keluar rumah, Trisha Ooi susah buang watak 'Balqis'... Boleh tiba-tiba menangis sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Trisha Ooi juara tinju di Dubai, tewaskan wakil Indonesia... Tak sangka bawa pulang tali pinggang kejohanan"Tapi jadikan ia perempuan, botak, psiko, badan kering fit. Nak bawa watak macam itu," luahnya.Hasrat Trisha itu disambut baik peminat yang mempercayai bakatnya dalam dunia lakonan.Malah lakonannya sebelum ini juga menjadi tanda aras membuktikan dia boleh membawa watak berat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!