PELAKON Anzalna Nasir terbuka berkongsi kisah dan taktik yang digunakannya bagi mengelakkan diri daripada menjadi sasaran gangguan golongan kenamaan (VIP) serta suami orang ketika masih aktif berlakon dan berstatus bujang.Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 38, dia mengambil pendekatan untuk sentiasa mengaku bahawa dirinya sudah mempunyai kekasih supaya tidak didekati golongan tersebut. "Sepanjang saya jadi pelakon, saya memang pilih untuk ada teman lelaki sebab sekurang-kurangnya orang tidak berani nak kacau sangat.Anzalna berkongsi perkara itu di halaman Threads. "Memang merata saya cakap yang saya sudah ada teman lelaki sampai pernah dipersoalkan, tidak takut ke nanti tidak famous sebab sudah ada teman lelaki?" katanya menerusi satu hantaran di platform Threads pada Jumaat.Menjawab persoalan segelintir pihak yang bimbang popularitinya akan merudum disebabkan status hubungannya itu, Anzalna menegaskan dia sama sekali tidak menghiraukan perkara tersebut.Baginya, perkara yang paling utama dalam hidup ialah keselamatan selain dapat menjauhkan diri daripada individu yang berniat jahat.ARTIKEL BERKAITAN: Hampir minta batal perjalanan, Anzalna Nasir kongsi pengalaman luar biasa naik ‘submarine’ bersama keluargaARTIKEL BERKAITAN: Bukan artis sahaja, Anzalna kongsi nasihat tak perlu bersikap sombong"Saya tidak kisah pun. Yang penting selamat daripada buaya darat."Sampai ke mana-mana pun, saya akan bawa Hanif sekali demi keselamatan diri. Dan sekarang, teman lelaki itu sudah menjadi suami saya," ujarnya.Anzalna terdetik untuk berkongsi perkara itu selepas membaca pendedahan beberapa rakan selebriti lain yang mendakwa sering diganggu oleh golongan berprofil tinggi."Terbaca kisah kawan-kawan selebriti yang diganggu oleh golongan kenamaan (VIP).Anzalna sah bergelar isteri pada Februaru 2016 dan kini mempunyai dua cahaya mata. "Sebenarnya kalau awak ada rupa atau tidak ada rupa sekalipun, tetapi bentuk badan menarik, memang akan sentiasa ada VIP atau suami orang yang cuba mendekati. Tidak kisahlah awak kerja apa sekalipun," kongsinya.Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 7, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia 4 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!