TINDAKAN bersahaja Beatrice Chitra berkongsi foto ibu mentuanya, Sheila Rusly sedang tidur lena semasa dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke Kuala Lumpur mengundang pelbagai reaksi lucu netizen.Dalam hantaran tersebut, Beatrice secara berseloroh meminta pandangan pengikutnya tentang kejelitaan Sheila walaupun sedang tidur. "Sesiapa yang rasa mama masih cantik waktu tidur sila komen sis. Perkongsian Beatrice di Threads menarik perhatian netizen."Maaf mama jangan marah, saya bosanlah. Dah kenyang makan keropok lekor Terengganu. "Saya sayang mama," katanya menerusi satu hantaran di Threads.Bersama status berkenaan, Beatrice turut memuat naik foto Sheila yang sedang tidur nyenyak dengan mulut sedikit terbuka.ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha sifatkan Sheila Rusly ibu mentua sempurna, berjurai air mata dianggap macam anak sendiri… “Dia tak pernah buat saya rasa macam orang luar”ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Rusly turun rewang kenduri keluarga besan, netizen puji sikap rendah diriDalam pada itu, Beatrice memberitahu kebiasaannya Sheila yang aktif berkongsi di Threads, namun kali ini, dia mengambil alih tugas berkenaan kerana tidak mengantuk sepanjang perjalanan."Biasanya mama (panggilan Shiela) yang rajin post dekat Threads, kali ini sebab saya tidak mengantuk jadi saya sajalah yang post. "Dah bosan balik KL tak tau nak buat apa, update sajalah dekat Threads," ujarnya. Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang terhibur dengan keletah menantu dan ibu mentua itu."Sheila bangun tidur nanti siap kena tarik telinga si Beatrice ni. Keakraban Sheila (kiri) dan menantu sering mendapat perhatian ramai."Sehingga sekarang mesti mama awak belum tengok, belum bangun kan. Kalau tak dah kena jerit," tulis netizen.Untuk rekod, Beatrice merupakan isteri kepada anak kedua Sheila Rusly, iaitu Luth Mikhail.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 Januari 2025 dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!