SELEPAS 25 tahun, penyanyi dan pelakon Che Puan Sarimah terharu lagu Kini Kau Tiada masih terus diminati dan mendapat permintaan mahu ia dirakamkan semula.Sarimah, 48, berkata permintaan tersebut datang daripada peminat setia yang masih menghargai karya berkenaan, meskipun ia merupakan satu-satunya lagu hit dalam kerjayanya sebagai penyanyi. "Ramai peminat minta saya remake lagu ini. Kebiasaannya kita kena tunggu 10 tahun untuk mendapatkan keizinan hak cipta untuk Kembali menyanyikan sesebuah lagu. Sarimah terharu sokongan yang diterima daripada peminat."Alhamdulillah lagu itu masih hidup walaupun ia satu-satunya lagu hit saya. Ia membuktikan betapa pentingnya kualiti daripada kuantiti. Ia akan meninggalkan legasi," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Sarimah melihat permintaan tersebut sebagai perkembangan positif dalam dunia seni, yang menuntut penggiatnya sentiasa berkembang dan mencuba pendekatan baharu, sama ada dalam bidang lakonan mahupun nyanyian."Kita sentiasa perlu mencipta sesuatu yang baru, sebagai pelakon kita kena pilih watak berlainan. ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim tak pernah rasa diri cantik, anggap pelakon berusia masih ada ruang dalam industriARTIKEL BERKAITAN: Pelakon drama kurang dipandang, Sarimah Ibrahim minta peminat hargai semua anak seni"Sebagai penyanyi pula, kita menyanyi semula dengan cara baru. "Jadi buat anak seni yang sudah berusia, jangan percaya bahasa usia itu adalah petanda kita kena bersara," ujarnya. Mengulas lanjut, Sarimah tidak menyangka kerjasama dengan komposer Brandon Lim atau lebih dikenali MFMF yang menyanyikan semula lagu Kini Kau Tiada dengan versi baharu mendapat perhatian ramai. Alhamdulillah lagu itu masih hidup walaupun ia satu-satunya lagu hit saya.CHE PUAN SARIMAH IBRAHIMPENYANYI & PELAKONMenurutnya, dia diminta untuk menyanyi dalam versi lain agar dapat menambat hati pendengar generasi baharu. "Dia suruh saya buat nyanyian stail Gen Z, saya cubalah. Saya tanya kenapa tak nyanyi guna chest voice, dia kata tak boleh Gen Z dengan Alpha mereka ni lain sikit. "Suara macam berbisik, saya pun fikir boleh ke? Masa rekod dalam studio tahun 2021 macam nak mati nak jaga pernafasan. "Sekarang guna suara halus saja, tapi orang suka. Remake lagu tu kami buat 30 saat saja, saya rasa nak rekod versi penuhlah," jelasnya. Sarimah (kanan) kini mahu memberikan fokus terhadap kerjaya lakonan.Dalam perkembangan lain, Sarimah turut berkongsi bahawa dia masih menerima tawaran lagu baharu daripada beberapa komposer, namun buat masa ini belum membuat sebarang keputusan kerana mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan."Sebenarnya sudah ada komposer yang ingin memberikan lagu, namun saya belum buat sebarang keputusan lagi. "Saya ingin fokus kepada filem terlebih dahulu. Tahun ini saya ada dua filem bersama Primeworks Studio. Saya bersyukur pada tahap ini masih ramai lagi yang mempercayai bakat saya," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!