PELAKON Che Puan Sarimah Ibrahim tidak menganggap usia sebagai penghalang untuk seorang aktres wanita terus kekal relevan dalam industri seni tanah air.Sarimah, 48, berkata persepsi kononnya pelakon wanita berusia akan semakin tenggelam dalam industri adalah tidak tepat kerana masih terdapat banyak ruang dan kepelbagaian watak yang boleh diterokai oleh mereka. "Sebagai pelakon wanita yang dah meningkat usia, tak semestinya karier kita pudar dan menghilang dalam industri. "Tak semestinya kita kena ambil watak macam penyondol sahaja atau seumpamanya. Kita ada banyak lapisan. Sarimah bersyukur masih diterima sebagai watak utama."Sebenarnya, makin kita berusia, makin banyak pengalaman hidup yang kita boleh bawa ke layar," katanya kepada mStar. Sarimah berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Pewaris Susuk yang diadakan di GSC Cinemas Lalaport, Kuala Lumpur pada malam Selasa. Dalam pada itu, Sarimah berpendapat bahawa pengalaman berlakon tidak boleh ditandingi hanya dengan kecantikan semata-mata.Baginya, komitmen dan kesungguhan mereka ketika bekerja itu lebih penting berbanding penampilan fizikal.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon drama kurang dipandang, Sarimah Ibrahim minta peminat hargai semua anak seniARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim mesej isteri Zamarul Hisham sebelum mula berlakon, tak mahu rasa kekok di set"Pengalaman berlakon tidak boleh dikalahkan dengan kecantikan (pelakon). "Masih boleh dapat watak utama tetapi kena komited untuk memberikan 100 peratus. Jangan simpan. "Kalau tak banyak babak kita perlu jadi cantik, tak mengapa," ujarnya. Mengulas penglibatannya dalam filem Pewaris Susuk, Sarimah memberitahu dia tidak melihat kecantikan sebagai faktor utama ditawarkan watak berkenaan."Cantik itu subjektif. Ada orang anggap kacukan itu tak cantik. Saya pun tak tahu makna sebenar cantik. Sarimah merupakan teraju utama filem Pewaris Susuk."Saya tak pernah rasa diri saya cantik. Saya juga ada kekurangan. Kita semua rasa seperti ini. "Disebabkan itu saya rasa ada perkara yang sama antara saya dan watak Seroja iaitu dia sentiasa rasa dirinya ada kekurangan," katanya. Untuk info, filem genre ‘horror thriller’ arahan Faizal Nadxaman dan skrip Naza Manas akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 30 April ini. Selain Sarimah, filem Pewaris Susuk turut dibintangi barisan pelakon termasuk Datuk Rosyam Nor, Alya Iman, Trisha Ooi, Hairie Othman dan Aleza Shadan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!