TINDAKAN seorang pengguna Threads menyunting foto pelakon Siti Khadijah bersama Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli atau lebih dikenali sebagai Daddy Ash mengundang rasa kurang senang aktres berkenaan.Tidak mahu berdiam diri, Siti atau Siti Khadijah Halim, 29, mahu mengambil tindakan undang-undang selepas menyifatkan perbuatan itu melampaui batas sehingga menimbulkan fitnah. "Tak ada masa nak fikir fasal edit itu ini, orang cakap belakang ke apa, terpulang. Janji awak happy. "Tapi sekarang saya terpaksa fikir sebab awak salah buat percaturan. Ganggu saya. Perkongsian Siti yang dimuat naik di Instastory miliknya."Inysa-Allah saya cari awak dan saman awak," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory. Dalam hantaran sama, pelakon drama From Saga With Love itu menegaskan bahawa foto berkenaan merupakan hasil suntingan kecerdasan buatan (AI).Justeru itu, dia meminta agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan kandungan tidak berfaedah atau bersifat mengaibkan."Boleh tak lain kali tolong jangan libatkan Siti dalam benda-benda bodoh macam tu? ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah mahu buktikan mampu cipta nama tanpa kontroversi, tak sanggup cemar tempat cari rezekiARTIKEL BERKAITAN: Dibuli awal kemunculan, Siti Khadijah pernah terfikir tinggalkan dunia seni... “Pelakon baharu selalu kena marah maki”"Saya ini malas betul buang masa fikir benda-benda macam ni sebab terang-terang bukan saya. "Saya takkan buat pun. Dalam otak ni nak kerja, kumpul duit untuk hari tua sahaja," ujarnya. Dalam pada itu, Siti turut mendapatkan pandangan orang ramai mengenai langkah terbaik untuk memastikan individu tidak bertanggungjawab tersebut dikenakan tindakan sewajarnya."Saya nak ambil tindakan yang betul. Bukan setakat lapor polis tapi tak ada hasil. Siti tidak mahu memberi muka kepada pemfitnah."Boleh tak sesiapa beritahu Siti macam mana nak pastikan mereka ini dikenakan hukuman setimpal?" katanya. Sebelum ini, seorang pengguna Threads berkongsi foto Siti bersama Daddy Ash dan mendakwa wanita dalam gambar tersebut merupakan tunangan seseorang yang bakal bernikah dalam masa terdekat. Bagaimanapun, hantaran itu dipercayai sekadar taktik untuk menarik perhatian netizen bagi tujuan mempromosikan produk di ruangan komen.Menurut tinjauan mStar, hantaran berkenaan juga telah dipadamkan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!