PENYANYI baharu El Riss memasang impian berharap lagu duet terbaharunya Adat Bercinta dapat memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL) meskipun mengakui ia bukan satu perkara yang mudah. El Riss atau nama sebenarnya Adam Haris Abdul Razak, 21, berkata cabaran utama yang dihadapi adalah trend muzik semasa yang kini lebih terarah kepada genre pop balada dan R&B. "Kalau cakap pasal AJL, bagi saya agak mencabar. Sekarang banyak lagu moden keluar, seperti pop balada dan R&B. Lagu ini pula lain sikit.El Riss dan Fana bergandingan dalam lagu Adat Bercinta. "Saya tak letakkan harapan terlalu tinggi, tapi dalam masa sama masih berharap. Kalau ada rezeki, kita terima,” katanya kepada mStar.Bersetuju dengan perkara itu, rakan duet El Riss iaitu Fana Ibrahim berpendapat pentas AJL adalah sebagai satu cabaran besar memandangkan identiti muzik yang dibawakan mereka sedikit berbeza dengan arus perdana."Bagi saya, agak sukar juga untuk lagu ini ke AJL sebab trend sekarang lebih kepada pop dan R&B. Genre lagu ini mungkin sedikit berbeza. "Tapi mungkin akan datang ada lagu lain yang lebih sesuai untuk pentas AJL," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki kerja kedai print, El Riss sekarang dah jadi penyanyi... Sabar nyanyian ‘Lukisan’ dikritikARTIKEL BERKAITAN: Dulu minta ibu duit, sekarang El Riss dah mampu bantu keluarga... Kehidupan berubah sejak jadi artisDalam pada itu, El Riss turut menyentuh mengenai segelintir pihak yang sering melabelkan karya muzik tertentu dengan gelaran 'lagu rempit'.Tegasnya, setiap karya seni mempunyai keunikan tersendiri dan tidak seharusnya melabelkan dengan perkara negatif."Saya terima sahaja pandangan orang. Tapi bagi saya, tak perlu labelkan lagu sebagai ‘lagu rempit’. Yang penting, kita raikan kepelbagaian muzik. Tak perlu sempitkan dengan label tertentu," tambahnya. El Riss akui banyak keserasian dengan Fana. Bercerita mengenai lagu Adat Bercinta, El Riss mendedahkan dia pada mulanya agak kekok namun berani mencuba selepas mendapat galakan daripada Fana."Ilham lagu ini datang daripada banyak perkara. Antaranya keserasian antara kami berdua. Dari segi vokal juga, kami banyak belajar dengan menonton video dan rujukan penyanyi lain untuk memahami cara penyampaian."Saya sebenarnya tak terlalu biasa dengan lagu macam ini pada awalnya. Tapi bila dengar dan cuba, saya rasa ia sesuai dengan suara saya. Fana pun ada galakkan saya untuk cuba, jadi saya beranikan diri," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!