PELAKON Zahirah Macwilson tampil mempertahankan diri selepas namanya terpalit dalam senarai artis yang dilabel sebagai sombong oleh segelintir netizen di media sosial.Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 31, menyifatkan tindakan menjatuhkan hukuman terhadap personaliti seseorang berdasarkan interaksi yang singkat adalah tidak adil. "Saya tak mahu komen terlalu banyak tentang perkara ini. Bagi saya, tidak adil untuk melabel seseorang itu sombong hanya berdasarkan interaksi yang berlaku dalam sesaat dua.Zahirah berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Sombong itu satu perkataan yang berat dan besar maknanya. Tapi kalau di luar, saya sebenarnya okay saja berjumpa dengan orang ramai."Saya selalu ada pertemuan manis dengan peminat. Kebanyakan mereka terinspirasi dengan saya tapi sebenarnya saya yang terinspirasi dengan mereka. "Tak boleh nak komen bagi pihak mereka yang rasa begitu. Mungkin ketika itu waktu yang tidak sesuai atau saya sedang memikirkan perkara lain, tak pernah dilakukan dengan sengaja," katanya kepada mStar. Zahirah berkongsi perkara itu Ketika ditemui pada majlis tayangan drama terbaharunya berjudul Good Boys Go To Heaven. ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah Macwilson gembira tengok ibu sudah berhijab, doa ibadah haji dipermudahkanARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu banyak produk, wanita cuba ikut cara Zahirah MacWilson jaga kulit wajah... Tak sangka menjadi!Dalam pada itu, pelakon ini turut meluahkan rasa kesal terhadap pengguna media sosial yang bebas melemparkan tuduhan tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan mental individu lain. Jelas Zahirah, budaya memberikan komen negatif demi meraih perhatian dilihat semakin membimbangkan dalam dunia sekarang. "Kita di zaman media sosial yang terlalu mudah untuk menaip apa saja tanpa rasa tanggungjawab atau akauntabiliti. Orang boleh cakap sesuka hati tanpa nampak bagaimana kata-kata itu menyakitkan hati atau memberi kesan kepada mental seseorang.Zahirah akui risau dengan kebebasan media sosial sekarang ini. "Saya rasa tak perlu cakap apa-apa kalau perkara itu bukan fakta, sekadar andaian atau tuduhan semata-mata, kecuali jika apa yang anda perjuangkan adalah satu kebenaran."Saya cuma mahu galakkan orang ramai supaya tidak bercakap sesuatu yang boleh memberi kesan buruk kepada orang lain sama ada dilakukan secara sengaja atau tak. Ramai orang yang cuba meraih populariti segera. Tidak mengapalah, itu lumrah manusia," ujarnya. Sebelum ini, tular satu perkongsian di aplikasi Threads yang menyenaraikan beberapa selebriti tempatan yang didakwa bersikap angkuh dan tidak mesra peminat sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!