suria

Komen lelaki salahkan mangsa kes tikam buat Liyana Jasmay sakit hati - “Tolong didik anak kalian”

Liyana Jasmay minta ibu bapa didik anak-anak.

PELAKON Liyana Jasmay meluahkan rasa kecewa membaca banyak komen negatif ditulis segelintir netizen yang menyalahkan mangsa kes tikam dan bunuh, Allahyarham Nurfisya Zulkifly, baru-baru ini.

Liyana, 38, menyifatkan mereka yang menulis komen mendakwa mangsa sengaja mempermainkan perasaan lelaki sehingga menemui ajal sebagai satu tindakan tidak berhati perut.

"Sakit sungguh hati baca komen balas sesetengah lelaki berkaitan kes Nurfisya.

Hantaran Liyana Jasmay di Threads. 

"Hendak beri ingatanlah, jangan mainkan hati lelaki, nanti lelaki boleh jadi gila dan jangan menempah maut?

"Helo, awak siapa nak kawal-kawal anak perempuan orang? Bayangkan perkara tersebut berlaku terhadap perempuan dalam keluarga kalian, sanggupkah cakap begitu?" katanya menerusi hantaran di platform Threads pada Ahad.

Dalam pada itu, Liyana turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa agar mendidik anak lelaki supaya menghormati golongan wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Liyana Jasmay penat dengar kritikan netizen, ‘buat muka’ untuk transformasi wajah 2026… “Saya nak mancungkan hidung”

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai skirt, baju seksi itu biasa... Liyana Jasmay terima teguran dengan hati terbuka

Menurutnya, didikan dari rumah amat penting bagi membentuk nilai murni dalam jiwa seorang lelaki, selain tidak melakukan perbuatan jahat. 

"Berhenti bunuh wanita. Mereka yang ada anak lelaki, tolong didik anak kalian, jangan biarkan mereka menjadi pembunuh," ujarnya. 

Sebelum ini, media sosial digemparkan dengan berita kematian tragis remaja perempuan iaitu Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemui mati di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh.

Liyana minta golongan lelaki berhenti daripada kegiatan membunuh. 

Mangsa dipercayai dibunuh dengan kejam selepas pemeriksaan mendapati terdapat 61 kesan tikaman pada tubuhnya.

Susulan kejadian tersebut, seramai empat individu termasuk dua remaja lelaki berusia 19 tahun dan sepasang suami isteri warga emas telah direman bagi membantu siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain