PELAKON Liyana Jasmay memilih untuk tidak lagi terbeban dengan kritikan negatif netizen berhubung penampilan wajahnya yang dikatakan tidak bermaya. Penat mendengar komen-komen tidak membina, Liyana, 38, kini mahu mengutamakan penjagaan diri dan melakukan rawatan muka (facial) secara berkala untuk kelihatan lebih segar dan menarik selepas ini. "Nak cantik memang kena buat rawatan muka.Perkongsian Liyana di Instastory miliknya."Kalau tak, orang asyik cakap mata kuyu, muka tak segar, nampak penat, kulit kusam dan gelap," katanya.Liyana berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Jumaat.Memasuki tahun 2026, Liyana berkata, dia semakin menitikberatkan penjagaan wajah dan bersedia untuk tampil dengan transformasi baharu.Malah, aktres itu turut berkongsi rasa teruja menantikan perubahan tersebut dan berharap ia memberi inspirasi kepada peminat untuk menjaga diri dan penampilan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Liyana Jasmay terima kritikan secara terbuka, tak ambil hati teguran PU Syed ARTIKEL BERKAITAN: Mata ‘redup’ jadi sebutan, Liyana Jasmay tenang terima komen netizen... Perlu viral untuk dapat perhatian"Jadi tahun 2026, kita buat je muka kita! "Nak mancungkan hidung, buang lines kat leher, buat jawline. Saya nak jadi wowzer tahun 2026."Nantikan wajah saya selepas transformasi," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube