suria

Zahid buka akaun Threads selepas individu dakwa Adam juara AF2… “Dah melebih, aku tak halalkan roti canai aku belanja 21 tahun lepas”

Zahid secara berseloroh punca sebenar dia mahu membuka akaun Threads.

GARA-GARA seorang netizen tersilap fakta apabila menyebut nama juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), penyanyi Zahid Baharudin tampil membuka akaun Threads bagi meluahkan rasa sedihnya terhadap situasi tersebut.

Zahid atau Ahmad Zahid Baharudin, 46, berkata dia terkejut selepas melihat satu perbincangan di media sosial yang menyenaraikan juara-juara Akademi Fantasia, namun namanya tidak tersenarai sebagai pemenang AF2.

Sebaliknya, individu tersebut menulis nama Adam sebagai juara musim tersebut. 

Perkongsian Zahid di Threads miliknya.

Perkongsian Zahid di Threads miliknya.

"Tahun baru 2026 saya ada Threads. Puncanya? Disebabkan tertengok threads dekat Instagram yang menyatakan juara AF2 itu Adam. 

"Sedih saya diperlakukan sebegini, selamat tahun baru semua," katanya. 

Zahid berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi ‘busking’ di Bukit Bintang, Zahid buang ego pernah bergelar juara AF2… Hargai pengalaman dapat RM30

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid intai peluang sertai GV, mahu cabar diri kerana belum cukup bagus… Sedia berdepan komen juri

Disebabkan kesilapan itu, Zahid secara bergurau telah mengimbau kenangan lama apabila pernah membelanja roti canai selepas memenangi AF2 pada tahun 2004.

"Eh korang ni lebih-lebih eh? Aku tak halalkan roti canai aku belanja 21 tahun lepas. Gurau-gurau," ujarnya. 

Sebelum ini, seorang pengguna Threads menyenaraikan kesemua juara program Akademi Fantasia daripada musim pertama hingga musim kesembilan. 

Namun, individu tersebut tersilap fakta apabila menyatakan Adam sebagai juara AF2, sedangkan penyanyi tersebut hanya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain