SERING menjadi sasaran kecaman kerana gemar menempah busana mewah bernilai ratusan ribu ringgit, usahawan Haliza Maysuri sekali lagi mencuri perhatian apabila membeli set kelengkapan jenazah yang dijual oleh pereka fesyen, Rizalman Ibrahim. Menurut Haliza, 47, jika selama ini dia sanggup melabur untuk mendapatkan pakaian terbaik, pendekatan yang sama juga wajar diaplikasikan dalam membuat persiapan menghadapi alam akhirat. “Selalu saya tempah busana dunia harga ratusan ribu, selalu dikecam. Mati nanti pakai kain kapan sahaja. Haliza ketika berjumpa Rizalman untuk mengambil set kain kafan dibelinya."Hari ini, saya tempah pakaian alam kubur,” katanya.Haliza berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.Menurut Haliza, pilihan tersebut bukan bertujuan menunjuk-nunjuk, sebaliknya sebagai simbol keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat.ARTIKEL BERKAITAN: Haliza Maysuri target RM10 juta di Pahang, mahu bantu golongan susah... “Sedekah jadi pendinding selepas diuji sakit tiada ubat” ARTIKEL BERKAITAN: Menang saman RM70,000, Haliza Maysuri tempah tudung harga sama... ‘Maruah saya tak boleh dibayar dengan wang ringgit’“Pakaian dunia saya berjenama. Akhirat pun kenalah yang terbaik dan berjenama. Barulah seimbang dunia dan akhirat,” ujarnya.Tambahnya lagi, masyarakat seharusnya lebih fokus kepada persiapan diri sendiri berbanding sibuk menilai dan mengira dosa orang lain.“Yang sibuk mengira dosa orang, dah tempah ke kain kapan untuk bawa mati?” soalnya secara sinis.Haliza sudah buat persiapan awal sebelum menghadapi alam akhirat.Difahamkan, kain kafan tersebut diperbuat daripada kain yang diimport khas dari Pakistan dan usahawan berkenaan membeli dua set dengan harga RM1,998.Perkongsian berkenaan nyata mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.Sebahagian netizen menyokong tindakan Haliza dan menganggap ia sebagai satu peringatan tentang kematian, namun ada juga yang berpandangan persiapan untuk akhirat tidak seharusnya dinilai berdasarkan jenama atau harga semata-mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube