suria

Menang saman RM70,000, Haliza Maysuri tempah tudung harga sama... ‘Maruah saya tak boleh dibayar dengan wang ringgit’

Haliza hasilkan tudung berharga RM70,000.

BAGI meraikan kejayaan saman fitnah terhadap bekas pengedar tudungnya, pengasas jenama Bawal Exclusive (BE), Haliza Maysuri menghasilkan sehelai tudung bernilai RM70,000 sebagai simbolik terhadap kemenangan menentang dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.

Haliza, 47, berkata, dia mengarahkan kilang untuk menghasilkan tudung eksklusif itu demi menjaga maruah dirinya.

"Disebabkan kami menang saman semalam saya arahkan kilang buat tudung bernilai RM70,000 yang saya pakai hari ini.

Haliza ketika di sidang media khasnya.

"Saya bukan nak menipu tapi untuk julang nama BE semula. Maruah saya tak boleh dibayar dengan wang ringgit," katanya kepada mStar.

Haliza berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media khas yang berlangsung di ibu kota pada Isnin.

Menurut Haliza, sepanjang 27 tahun menceburi bidang perniagaan dia tidak pernah mengganggu rezeki orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’, sambut hari jadi Money di butik mewah

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap pengsan di pejabat, Haliza Maysuri letak labu kundur serap aura negatif

Malah tindakan saman dilakukan untuk memberi pengajaran kepada orang luar supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah.

"Saya dan suami bina jenama ini daripada menyewa bilik kecil tanpa modal, pendidikan, wakil peguam mahupun staf yang ramai.

"Apa yang diusahakan ini hasil penat lelah kami. Saya nak beri amaran jangan main-main dengan saya. Kami tidak sama dengan jenama lain. Jangan jolok sarang tebuan!," ujarnya.

Haliza memakai tudung berharga RM70,000.

Pada Ahad lalu, Mahkamah Sesyen Kota Bharu mengarahkan seorang individu dikenali sebagai Rosmaliza Mansor membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada syarikat Bawal Exclusive Sdn Bhd atas dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.

Selain bayaran ganti rugi, Rosmaliza turut diarahkan membayar RM570 untuk satu invois tertunggak kepada syarikat itu.

Wanita itu turut diperintahkan untuk menurunkan kenyataan fitnah tersebut daripada akaun media sosialnya serta dilarang mengulangi sebarang kenyataan sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain