suria

Kucing kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’, sambut hari jadi Money di butik mewah

Money memakai baju rekaan Rizalman pada ulang tahun yang ketujuh tahun.

USAHAWAN Haliza Maysuri tidak lokek berhabis wang ringgit bagi menyambut ulang tahun kelahiran kucing kesayangannya iaitu Money yang ketujuh.

Mana tidaknya, Haliza menempah busana khas daripada jenama Rizalman Couture untuk Money yang sudah dianggap sebagai anak bongsu dalam keluarga mereka.

"Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju Haute Couture macam mama (panggilan Haliza), letop berkilau mewah Swaroskinya," katanya.

money 2

Money dilihat selesa mengenakan busana mewah.

Haliza berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan Money menyarung busana berwarna silver.

Bukan itu sahaja, Haliza juga berkongsi sekitar majlis ulang tahun Money yang diadakan di sebuah butik mewah.

Menerusi video yang dikongsi memaparkan majlis tersebut disambut dengan nyanyian serta sebuah kek yang direka khas untuk Money.

ARTIKEL BERKAITAN: Haliza Maysuri tak lokek berhabis RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak lelaki, gaun menantu dihiasi hampir 200,000 batu Swarovski

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa tak kenal Rizalman, why not?” - Busana suku juta Haliza Masyuri buat ramai ternganga, bertatahkan 83,900 batu Swarovski

Majlis yang diadakan secara tertutup itu, turut dihadiri suaminya iaitu Mohd Rosli Awang serta anak sulung Zuhairi Syazwan dan menantu Sarah.

Malah dia juga menempah hadiah khas buat haiwan peliharaannya itu dari Paris.

"Pertama kali dalam sejarah Louis Vuitton Malaysia menjemput dan meraikan hari jadi pets di butik mewahnya.

money 3

Money sudah dianggap sebagai anak bongsu dalam keluarga.

"Satu penghargaan bagi kami sekeluarga boleh bawa Money masuk pusat beli belah. Sebab Money memang sudah kami anggap anak bongsu kami," kongsi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terpukau dengan persiapan dilakukan Haliza bagi menyambut ulang tahun haiwan peliharaannya.

Namun ada juga yang beranggapan Haliza terlalu membazir memandangkan ramai lagi insan memerlukan bantuan.

money 4

Ahli keluarga turut memeriahkan majlis ulang tahun Money.

"Rizalman pun buat baju kucing, pertama kali dengar tapi ini bukan hajat kucing tapi tuan kucing ini.

"Takut Money pun hairan dia kucing ke haiwan sebenarnya sampai dilayan macam itu.

"Tertanya-tanya apa dalam fikiran staf dekat butik itu, mesti dia macam bingung juga," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain