suria

Pelakon popular pemilik syarikat tudung tak bayar caruman KWSP, bekas pekerja tuntut keadilan

Bekas pekerja mahu haknya dibela. -Gambar sekadar hiasan (ilustrasi AI).

SEORANG pelakon wanita popular dipercayai culas dalam membuat pambayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja di syarikatnya.

Enggan terus berdiam diri, seorang bekas pekerja yang pernah berkhidmat di sebuah syarikat tudung dipercayai milik artis wanita terbabit mendedahkan dia tidak menerima bayaran KWSP sejak setahun lalu.

Individu yang mahu dikenali sebagai Yati berkata, syarikat berkenaan hanya menabur janji palsu kepada dia dan rakan-rakan lain kerana tiada bayaran yang dicarum atas peranan mereka sebagai pekerja.

Yati berkongsi surat aduan yang diterima dari pihak KWSP. - Gambar sekadar hiasan (ilustrasi AI).

Justeru, dia terpaksa mendedahkan perkara itu sebagai jalan terakhir untuk menuntut keadilan.

"Perkara ini berlaku dari tahun lepas. Apabila dalam mesyuarat mereka hanya beri janji-janji manis.

"Mereka juga janji untuk selesaikan (bayar wang KWSP) pada November tahun lalu. Tapi sehingga kini masih lagi belum ada bayaran yang dicarumkan," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam kongsi 6 langkah ‘ajar’ majikan tak bayar gaji pekerja, berbulan-bulan tak carum KWSP

ARTIKEL BERKAITAN:6 tahun tak naik gaji, teruk difitnah kakak! Individu anggap silap besar kerja dengan ahli keluarga

Dakwa Yati, walaupun dia sudah diberhentikan namun dia tetap menuntut jawapan mengenai status bayaran KWSP daripada syarikat berkenaan.

Namun setiap kali pertanyaan diajukan, syarikat tersebut dikatakan menyarankan untuk membuat laporan di Ibu Pejabat KWSP di Kwasa Damansara, Selangor.

Malah selepas dua kali aduan dibuat, dia bersama beberapa lagi rakan mendakwa hanya menerima surat laporan terima aduan daripada KWSP berbanding bekas perkerja lain yang sudah mendapat kembali tunggakan KWSP.

Mereka juga janji untuk selesaikan (bayar wang KWSP) pada November tahun lalu, tapi sehingga kini masih lagi belum ada bayaran yang dicarumkan,

YATI

BEKAS PEKERJA

"Saya ada bertanya kepada kakitangan sumber manusia syarikat itu mengenai status caruman KWSP kami, tapi mereka hanya beritahu supaya buat laporan di KWSP, Kwasa Damansara.

"Rakan-rakan saya yang membuat laporan di beberapa cawangan KWSP lain sudah dapat jawapan tapi saya dan beberapa lagi yang membuat laporan di Ibu Pejabat Kwasa Damasara masih belum terima apa-apa.

"Namun selepas dua kali laporan dibuat barulah kami menerima surat aduan daripada pihak KWSP. Mereka juga hanya maklumkan aduan kami ambil masa lama kerana sudah 12 bulan tidak dibayar," katanya lagi.

Yati mahu majikan berikan haknya. - Gambar sekadar hiasan (ilustrasi AI).

Lebih malang lagi, Yati berkata mereka juga diberhentikan sejak April lalu atas alasan syarikat berkenaan mendakwa sudah menanggung hutang yang banyak.

"Saya salah seorang yang diberhentikan dengan alasan syarikat sudah tiada duit dan banyak hutang. Mereka tidak mampu nak bayar kami.

"Mereka juga sudah buat laporan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang memaklumkan mereka layak untuk memberhentikan perkerja," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain