suria

[V] Isteri Fikry Ibrahim tuntut cerai, rumah tangga bergolak selepas 4 bulan kahwin

TIADA angin tiada ribut, rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim didakwa dilanda badai apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan memfailkan permohonan cerai.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar Mei lalu. 

Menerusi jadual kes yang dipaparkan di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mendapati perbicaraan pertama mereka sepatutnya berlangsung pada Khamis. 

Jadual kes tuntutan cerai Khalizah terhadap Fikry berlangsung pada pagi Khamis.

Lebih menguatkan lagi spekulasi itu, Khalizah, 37, dilihat hadir ke mahkamah sekitar pukul 9.40 pagi dengan memakai pakaian serba hitam dan pelitup muka sambil diiringi peguam syarie lantikannya. 

Bagaimanapun, sehingga kini kelibat Fikry tidak kelihatan di mahkamah. 

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat. 

Pasangan ini mengambil pendekatan menjaga privasi sejak awal perhubungan.

ARTIKEL BERKAITAN:Tahniah! Dalam diam Fikry Ibrahim dah kahwin, nikah di Kedah

ARTIKEL BERKAITAN:Fikry Ibrahim ada sebab rahsia majlis nikah, jawab dakwaan kena paksa kahwin

Perkahwinan mereka hanya diketahui umum selepas Fikry memuat naik gambar pernikahan mereka.

Malah Fikry juga menyangkal dakwaan kononnya dia terpaksa berkahwin dengan Khalizah susulan raut wajahnya dilihat seperti tidak rela.

Jelas aktor itu, raut wajahnya itu mungkin disebabkan sedang berfikir tentang tanggungjawab yang semakin berat akan dipikul.

Tambah Fikry, walaupun sudah bergelar suami, namun dia perlu menjaga ibunya yang semakin uzur di kampung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain