suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru 8 bulan bercinta, gadis mengaku mula ‘ringan-ringan’ dengan teman lelaki... Tak mampu tolak bimbang ditinggalkan kekasih

Pasangan bercinta perlu menjaga batas pergaulan dan menjauhi perkara yang dilarang agama. -Gambar hiasan AI

PERBUATAN yang menjurus ke arah zina adalah diharamkan dalam agama Islam.

Menurut seorang gadis, dia kini buntu apabila sudah beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk dengan teman lelakinya.

Jelas gadis itu, dia mengerti akan soal dosa, namun tidak mampu menolak kerana terlalu sayang dan bimbang ditinggalkan kekasihnya.

Lelaki yang baik tidak akan mengambil kesempatan ke atas teman wanita. -Gambar hiasan AI

“Kami dah lapan bulan bersama. Bermula bulan lepas, kami dah mula buat ringan-ringan. Sekarang ini saya rasa takut dan berdosa.

“Saya tak boleh tolak sebab sayangkan dia. Saya takut dia tinggalkan saya sebab tak dapat apa yang dia nak. Kami hanya ringan-ringan, belum seks lagi.

“Kekasih saya ini baik, tak berkira dan selalu tolong. Kalau saya tiada duit, dia selalui bagi. Dia juga belanja keluarga saya makan,” ujar gadis itu.

  • Gadis kongsi luahan hati tentang hubungan dengan teman lelakinya.
  • Mereka mula mendekati zina selepas lapan bulan menjalin cinta.
  • Gadis itu mahu menolak, tapi bimbang ditinggalkan teman lelakinya.
  • Ramai netizen beri nasihat supaya gadis itu jaga maruah diri.

Tambah gadis itu, dia kini keliru sama ada mahu memutuskan hubungan atau meneruskan sahaja kehidupan seperti biasa.

Dia memuat naik luahan itu menerusi aplikasi Threads.

Majoriti pelayar Threads memberi nasihat kepada gadis itu agar melindungi kesucian diri daripada lelaki yang belum sah menjadi suami.

ARTIKEL BERKAITAN:
30 tahun jaga maruah, wanita menyesal 'ringan-ringan' dengan lelaki baru kenal! Biar diri dinodai sebab 'frust' bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum ini cuma ringan-ringan” - Doktor dedah kisah malang pemuda 23 tahun positif HIV lepas ‘celup’ gadis aplikasi janji temu

Selepas dihujani ratusan komen netizen yang memberi nasihat , gadis itu berkata dia akhirnya sudah berbincang tentang hal berkenaan dengan kekasihnya.

“Saya dah bercakap dengan dia tentang hal ini. Dia mengaku serba salah dan minta maaf sebab buat benda tak senonoh.

“Dia akui menyesal. Dia kata lepas ni, dia akan cuba kawal nafsu. Kalau keluar bersama, dia akan pastikan bawa adik atau kawan untuk elak benda ini.

“Terima kasih abang dan kakak Threads yang memberi nasihat, saya hargai sangat,” tulisnya lagi.

Artikel Lain