suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Aku tak perlu ikut cara artis lain untuk nampak classy” - Puteri Balqis dah biasa hadap ‘haters’

Aqish tidak akan berdiam pertahankan dirinya.

TEGAS dengan pendiriannya, pelakon Puteri Balqis memberitahu dia tidak takut jika apa yang diluahkan sebelum ini menimbulkan kebencian ramai pihak.

Kata Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 19, kecaman di media sosial adalah satu perkara biasa baginya sepanjang bergelar anak seni.

"Dedah apa kau nak dedah, gali apa kau nak gali. Itu perkara biasa yang haters dah buat pada aku bertahun-tahun.

Luahan Aqish di Instagram. 

"Aku tiada masalah kalah di mata ratusan ribu manusia. Aku tak perlu ikut cara artis lain untuk nampak classy atau profesional," katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Pelakon ini juga terbuka jika mana-mana pihak lebih memilih untuk tidak lagi mengikutinya di media sosial.

Tambah Aqish, setiap apa yang dilakukan bukanlah untuk memuaskan hati orang lain dan yakin dengan pendirian sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis berang aktor ‘miang‘ ambil kesempatan bergesel di lokasi 

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua tempat akak burukkan saya!“ - Puteri Balqis tempelak wanita sengaja cetus kebencian

"Aku tak hidup untuk memenuhi jangkaan semua orang. Apatah lagi untuk tunduk pada apa yang haters mahukan.

"Kalau aku terpaksa berdiri seorang, aku tetap akan jadi diri sendiri dan setia pada mereka yang tak pernah tinggalkan aku," katanya.

Sebelum ini, Aqish mencuri tumpuan ramai apabila membuat pendedahan mengenai sikap seorang aktor yang didakwa sengaja mengambil kesempatan ke atas dirinya ketika melakonkan babak bersentuhan.

Perkongsian Aqish mendakwa seorang pelakon lelaki mengambil kesempatan terhadap dirinya. 

Hantaran tersebut menimbulkan pelbagai reaksi termasuk luahan rasa kurang senang segelintir pihak yang menganggap perkongsian itu tidak profesional.

Aqish bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama pelakon yang dimaksudkan.

 

 

Artikel Lain