suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inara Rusli enggan beralah, tuntut RM270 ribu jika mahu lihat dokumen pernikahan

Inara tidak mahu tunjuk bukti dikhalayak ramai.

BENGANG dicabar menunjukkan bukti pernikahannya dengan usahawan Insanul Fahmi, penyanyi Inara Rusli tampil mempertahankan diri dengan mendakwa pihak yang mencabarnya itu mengelak apabila diajak bertemu.

Inara berkata dia sudah beberapa kali menawarkan untuk menunjukkan bukti pernikahan tersebut, namun pihak berkenaan tidak memberikan kerjasama.

“Selalu dicabar untuk membuktikan perkahwinan. Sudah beberapa kali diajak bertemu untuk menunjukkan bukti, tetapi mereka pula mengelak.

Inara (kanan) dan Mawa kembali berbalas kenyataan di media sosial.

“Malah, apabila diajak berjumpa dengan ulama sekali pun, mereka tetap mengelak,” katanya menerusi hantaran di Instastory.

Kenyataan itu dipercayai sebagai respons terhadap dakwaan bekas isteri Insanul, Wardatina Mawa yang mengakui tidak pernah melihat sebarang bukti pernikahan antara Inara dan usahawan tersebut.

Dalam pada itu, Inara mendakwa dia pernah membayar sebanyak Rp1 bilion (kira-kira RM270,000) bagi menyelesaikan proses keadilan restoratif (restorative justice).

Justeru, dia turut meletakkan syarat bayaran dengan jumlah sama sekiranya pihak berkenaan mahu melihat dokumen pernikahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli mahu dakwaan zina dihentikan, bekas isteri suami peroleh rakaman CCTV secara haram

ARTIKEL BERKAITAN: Madu Inara Rusli nekad mahu cerai, tak mahu hidup berpoligami

“Ketika proses keadilan restoratif pun saya pernah diminta membayar wang sebanyak Rp1 bilion.

“Sekarang keadaan sudah jadi begini. Ini dokumen penting, bersifat peribadi dan berharga. Kalau mahu tengok, saya boleh tunjukkan. Tetapi bayar Rp1 bilion,” kongsinya.

Sebelum ini, Wardatina mendakwa hubungan Inara dan Insanul masih rapat serta kedua-duanya masih berhubung antara satu sama lain.

Malah, dia mendakwa Inara turut memberikan hadiah kepada anaknya, namun masih belum mengetahui status sebenar hubungan suaminya dengan penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, Insanul memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan Inara yang kini semakin menjadi perhatian umum.

Artikel Lain