suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jadi wakil tunggal datang kenduri rakan pejabat, wanita sebak dapat tahu punca staf lain tak dijemput - “Jatuh air mata saya”

Segelintir individu hanya menjemput rakan baik ke majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI

JEMPUTAN ke majlis perkahwinan mungkin nampak biasa bagi sesetengah orang, namun hakikatnya ia menggambarkan tanda ingatan tuan rumah kepada tetamunya.

Itu dirasai wanita ini selepas mengetahui dirinya adalah satu-satunya individu yang diundang ke majlis perkahwinan rakan sepejabatnya.

Bercerita mengenai perkara itu, dia pada awalnya tidak mengetahui rakan-rakan pejabat lain tidak mendapat undangan ke majlis perkahwinan tersebut.

Malah ketika menghadiri kenduri berkenaan bersama anaknya, matanya melilau mencari rakan-rakan pejabat yang lain dan tidak menemui walaupun seorang daripada mereka.

Susulan daripada itu, dia mengambil kesempatan bertanya mengenai kehadiran rakan sekerja yang lain ketika bergambar bersama pengantin dan menyerahkan hadiah.

Persamaan sikap membuatkan seseorang itu dapat bergaul mesra dengan rakannya. -Gambar hiasan AI

Persamaan sikap membuatkan seseorang itu dapat bergaul mesra dengan rakannya. -Gambar hiasan AI

"Saya tanya, dah ada ke geng pejabat datang? Dia sengih saja, kemudian cakap, awak seorang saja yang saya jemput. Ya Allah, terharu sungguh.. jatuh air mata saya," kongsinya di Threads.

Menurutnya, jawapan ringkas yang diterima itu membuatkan jemputan yang diterima kira-kira tiga bulan sebelumnya terasa cukup istimewa dan berharga.

Perasaan gembira dan sayu itu menyebabkan dia mengimbau kenangan ketika rakannya itu baru memulakan kerja di pejabat yang sama kira-kira dua tahun lalu.

"Awal-awal dahulu, dia selalu rujuk saya tentang kerja dan saya tolong walaupun bukan tugas saya untuk jaga staf baharu.

"Dia kata apa yang saya ajar senang masuk kepala," ujarnya sambil menyatakan rakan pejabatnya merupakan seorang yang pendiam serta lebih banyak menumpukan perhatian kepada tugas.

  • Wanita sebak mengetahui hanya dirinya daripada pejabat dijemput ke kenduri rakan sekerja.
  • Dia pernah membantu pengantin memahami tugas ketika baru bekerja kira-kira dua tahun lalu.
  • Pada mulanya, dia menyangka rakan pejabat lain turut menerima jemputan.
  • Kakitangan yang tidak dijemput didakwa menyindir dan membuat jenaka lucah mengenai pengantin.
  • Pengantin kemudian menghantar mesej menjelaskan gelagat itu antara sebab mereka tidak diundang.

Tambahnya, sikap tersebut membuatkan mereka mempunyai persamaan kerana dia sendiri lebih selesa memberi fokus kepada kerja berbanding mengambil tahu hal orang lain.

Beranggapan perihal kenduri kahwin tersebut tidak dibincangkan dalam kalangan rakan sekerja, dia bagaimanapun terkejut apabila perkara tersebut disuarakan dalam kumpulan sembang pejabat.

Tidak hanya itu, perkongsian tersebut disusuli sindiran kerana rakan sekerja kerana tidak dijemput ke majlis berkenaan.

Lebih mengecewakan, ada didakwa menjadikan malam pertama pasangan pengantin sebagai bahan jenaka lucah.

"Ada yang perli tak ajak satu pejabat pergi majlis. Ada yang ketawa macam tak puas hati, ada lelaki pula bercakap pasal malam pertama," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru tadika dah ‘pandai’ memilih kawan! Ibu sayu anak berkulit coklat dipulau rakan, tak gembira di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘menangkan’ kawan, tergamak tinggal isteri sakit sendirian di rumah... Paling zalim bagi RM50 untuk belanja 4 hari

Menurut pengadu, di sebalik 'kemeriahan' sindiran dalam kumpulan itu, dia menerima mesej peribadi daripada pengantin.

"Nampak? Sebab itulah saya tak ajak mereka," demikian mesej berkenaan.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya turut meluahkan rasa geram terhadap sikap rakan sekerjanya.

"Kenapalah ada orang yang macam ini? Dekat tempat kerja asyik cari salah tapi apabila tak dimasukkan dalam 'hidup', terus jadi masalah besar.

"Betapa awak jenis buat hal sendiri, mujurlah tak ajak rakan pejabat lain datang sekali," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain