suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hakim diserang hendap ketika memandu seorang diri, maut ditembak dua lelaki naik motosikal putih

Kenderaan mangsa ditembak beberapa kali. -Foto PNA

SEORANG hakim di Filipina maut selepas kenderaan dipandunya dihampiri dua individu menaiki motosikal putih yang melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri.

Selepas empat hari serangan hendap itu, Polis Kebangsaan Filipina (PNP) memaklumkan pada Isnin bahawa aduan pembunuhan sudah difailkan terhadap tiga suspek berhubung kematian Hakim Joseph Wee Sit.

Menurut laporan GMA News, aduan itu dikemukakan kepada Pejabat Pendakwa Raya Bandar Zamboanga pada Sabtu, susulan siasatan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

Polis sudah mengenal pasti seorang suspek melepaskan tembakan manakala identiti dua lagi suspek dipercayai masing-masing menunggang motosikal dan memandu kenderaan yang membantu pelarian masih belum diketahui.

Dalam kejadian sekitar pukul 5.25 pagi 12 November lalu, Wee Sit memandu seorang diri di Jalan Tumaga–Putik, Zamboanga City, apabila kenderaannya ditembak.

Polis yang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan orang awam menemukan hakim berusia 38 tahun itu dalam keadaan cedera di dalam kenderaannya. 

Dia dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, Datuk Bandar Zamboanga City, Khymer Olaso, menawarkan ganjaran dua juta peso Filipina (kira-kira RM128,000) daripada dana peribadinya kepada sesiapa yang dapat menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada penangkapan individu yang bertanggungjawab.

Untuk rekod, Wee Sit pernah berkhidmat sebagai pendakwa raya dan peguam bantuan guaman awam sebelum dilantik sebagai hakim pada September 2025. -Agensi

Artikel Lain