suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda akhirnya bertemu ‘kepamist‘ depan mata, tak bagi ‘chance‘ lepas ditengking tersalah ambil kopi pesanannya - “Hang bukan elok sangat pun!”

Sikap biadab dan pertuturan yang buruk boleh mencetuskan perbalahan. -Gambar hiasan AI

ADAB dan pertuturan seseorang cukup untuk menggambarkan perwatakan mereka.

Sama ada baik atau pun buruk, sikap individu boleh dinilai berdasarkan dua perkara tersebut terutama ketika berada di tempat awam.

Hal itu boleh digambarkan menerusi perkongsian seorang lelaki ini yang tidak berpuas hati apabila menerima layanan buruk daripada wanita tidak dikenalinya.

Situasi berlaku di sebuah kafe bila mana wanita terbabit tersilap mengambil minumannya di kaunter.

Wanita berpelakuan biadab akan kurang disenangi oleh golongan lelaki. -Gambar hiasan AI

Namun, dia tiba-tiba dituduh sengaja menjeling wanita tersebut walaupun sekadar cuma mahu bertanya tentang minuman tersebut.

"Masa aku nak ambil kopi ada sorang perempuan tersilap ambil aku punya waktu nombor dipanggil.

"Benda ini jadi dalam beberapa saat je weh sekali perempuan itu cakap perlu ke tengok orang macam tu? Barista perempuan itu pun pelik.

"Perempuan itu punya bangang, dah tahu silap dia boleh cakap lain kali cakap la silap ambil air, ini duk usha macam tak pernah tengok perempuan!" ceritanya.

  • Seorang lelaki berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika berada di sebuah kafe selepas seorang wanita tidak dikenali tersilap mengambil minuman pesanannya.
  • Situasi menjadi tegang apabila wanita tersebut mengeluarkan kata-kata sinis dan menuduh lelaki itu sengaja memandangnya.
  • Lelaki berkenaan tidak berdiam diri sebaliknya membalas kenyataan wanita itu kerana menganggap tindakannya keterlaluan dan tidak beradab.
  • Dia turut menyifatkan wanita terbabit sebagai 'kepamist', istilah yang sering digunakan dalam perbincangan di media sosial bagi menggambarkan perwatakan negatif.

Tidak berdiam diri, dia terus membalas kata-kata kasar wanita tersebut yang menurutnya melampau dan tidak beradab.

Malah dia turut melabel wanita itu sebagai 'kepamist' yang merujuk kepada perwatakan negatif golongan wanita yang hangat diperkatakan di laman sosial kebelakangan ini.

"Aku bantai cakap aku tengok hang ambil kopi aku la, hang pun bukan elok sangat pun! Sambil aku cakap tu, dia berlalu pergi dengan gaya 'kepamist'. Menyampah weh!

"Kepamist ini real weh! Pertama kali aku tengok depan mata. Selalunya dalam Threads je, barista perempuan itu sampai tergelak tengok situasi macam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bersalin anak perempuan, lelaki ‘sentap’ rakan sekerja balas semula kata ejekan - “Tahniah bro dapat kepamist!”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru tadah tangan di surau sebab dibuli waktu kematian ibu, wanita meremang tengok apa jadi pada anak rakan sekerja

"Korang kepamist kadang-kadang tu tak payahlah beria nak anggap perogol la, gila seks la. Rileks sudah, tambah-tambah yang badan macam peti ais," ujarnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat situasi seperti itu memalukan bagi golongan wanita lebih-lebih lagi soal pertuturan dan adab di tempat awam.

Malah, tidak kurang juga yang menyokong perbuatan lelaki terbabit apabila berani menyuarakan kemarahannya dengan harapan perkongsian itu dijadikan ikhtibar bersama.

"Dia sebenarnya sudah termalu sendiri bila silap ambil kopi orang lain. Itu cara dia 'cover' perasaan malu tetapi tanpa sedar dah menjatuhkan maruah sendiri dengan sikap biadabnya," antara komen netizen.

Artikel Lain