GAYA rambut ponytail atau ikatan tocang menjadi pilihan ramai wanita kerana mudah dan sesuai digayakan dalam pelbagai situasi.Namun, tahukah anda bahawa ia sebenarnya boleh menyebabkan rambut semakin nipis, malah berisiko mengalami keguguran jika tidak dikawal? Situasi itu dikenali sebagai Traction Alopecia, iaitu keguguran pada folikel rambut.Menurut laporan Agensi, antara tanda awal yang boleh diperhatikan ialah garis rambut semakin menipis, keguguran di kawasan yang sering diikat serta anak rambut di tepi dahi semakin berkurangan. Lebih parah, segelintir individu juga boleh mengalami rasa sakit ataupun pedih pada bahagian kulit kepala.Risiko tersebut bergantung pada tahap ketegangan ikatan dan kekerapan gaya rambut itu dilakukan malah, penggunaan aksesori seperti klip juga boleh menjurus isu keguguran.Penyanyi Ariana Grande gemar mengikat rambut dengan gaya ponytail. Pun begitu, masalah itu masih boleh dipulihkan pada peringkat awal jika tabiat mengikat rambut terlampau ketat dihentikan segera. Namun, jika berlaku kerosakan dan parut kekal pada folikel rambut, isu tersebut mungkin tidak dapat dipulihkan buat selamanya.Justeru, wanita yang gemar menggayakan rambut ponytail atau tocang disarankan supaya tidak mengikat rambut terlalu ketat dan sebaiknya tidak dilakukan dengan kerap.Jika rambut semakin menipis atau kulit kepala kerap terasa sakit, segera dapatkan pemeriksaan doktor untuk rawatan selanjutnya.