suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Persediaan undangan saat akhir, ziarah kematian... Kaum Hawa disaran simpan 3 jenis pakaian ini dalam kereta!

Wanita digalakkan menyimpan sehelai jubah hitam di dalam kereta. -Gambar hiasan AI

BAGI wanita yang sibuk dengan komitmen harian, menyimpan pakaian tambahan di dalam kereta boleh menjadi satu langkah praktikal untuk menghadapi situasi di luar jangkaan.

Bayangkan menerima jemputan kenduri secara mengejut atau mendapat berita kematian yang memerlukan kehadiran segera, sedangkan anda memakai pakaian tidak bersesuaian pada waktu itu.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu dikenali sebagai Ungu Karmila menyarankan kaum Hawa menyimpan tiga jenis pakaian di dalam kereta bagi memudahkan urusan apabila berdepan situasi sedemikian.

1. Pakaian sukan

Menurut wanita itu, pakaian sukan boleh digunakan sekiranya tiba-tiba timbul keinginan untuk melakukan aktiviti riadah di taman selepas pulang dari kerja.

Persediaan ringkas itu juga membolehkan masa terluang dimanfaatkan untuk aktiviti fizikal, terutama bagi mereka yang sukar mencari masa bersenam dalam rutin harian.

2. Pakaian kenduri

Bagi mereka yang kerap pulang ke kampung, pakaian untuk menghadiri kenduri atau majlis doa selamat juga antara yang boleh disimpan di dalam kereta.

Ini kerana ada kalanya seseorang menerima jemputan secara ad hoc ketika berada di kampung atau dalam perjalanan ke destinasi tertentu.

Tanpa pakaian yang bersesuaian, mereka mungkin terpaksa pulang ke rumah terlebih dahulu untuk menukar pakaian sebelum menghadiri majlis berkenaan.

Justeru, menyimpan sepasang pakaian kenduri di dalam kereta boleh memudahkan urusan, terutama apabila jemputan diterima pada saat akhir.

Wanita juga digalakkan menyimpan pakaian sukan di dalam kereta. -Gambar hiasan AI

3. Jubah hitam atau baju kurung warna gelap

Jenis pakaian ketiga yang dicadangkan pula mempunyai tujuan lebih penting, iaitu sebagai persediaan sekiranya berlaku kematian atau pengebumian yang perlu dihadiri dengan segera.

Wanita itu menyarankan supaya golongan kaum Hawa menyimpan jubah hitam atau baju kurung berwarna gelap yang tidak mudah berkedut di dalam kereta.

Persediaan ini boleh memudahkan seseorang bersiap apabila menerima berita kematian saudara-mara, kenalan atau penduduk kampung yang memerlukan kehadiran mereka.

Dalam keadaan tertentu, urusan pengebumian perlu dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, pakaian yang sesuai dan mudah dipakai dapat membantu mengurangkan kesulitan ketika bergegas ke lokasi.

Persediaan kecil, manfaat besar

Walaupun kelihatan ringkas, cadangan menyimpan tiga jenis pakaian ini menunjukkan persediaan awal boleh membantu wanita menghadapi pelbagai perubahan rancangan sepanjang hari.

Bagaimanapun, pakaian yang disimpan di dalam kereta sebaiknya diletakkan di dalam beg bersih dan tertutup bagi melindunginya daripada habuk serta kelembapan.

Elakkan juga menyimpan pakaian terlalu lama tanpa pemeriksaan berkala, terutama apabila terdedah kepada suhu tinggi di dalam kereta.

Apa yang penting, pakaian tambahan itu bukan sekadar memenuhi ruang di dalam kenderaan, sebaliknya boleh menjadi persediaan berguna apabila berdepan situasi yang tidak dirancang.

Artikel Lain